Utusan Borneo (Sarawak)

Bob, Idayu, Marsha, Syamel & Shahir di konsert akhir AF Megastar

- Oleh Diana Kassim

SEDAR tak sedar, program realiti nyanyian yang diberi nafas baharu dan menampilka­n bekasbekas peserta Akademi Fantasia (AF) iaitu AF Megastar kini sudah sampai ke penghujung­nya dengan konsert minggu terakhirny­a malam esok.

Seramai lima bintang akan berentap sesama mereka bagi merebut gelaran juara AF Megastar sekaligus membawa pulang wang tunai sejumlah RM100,000 dan sebuah trofi daripada Astro serta pakej percutian tajaan SelamatBer­cuti.com.

Pada malam itu nanti, hanya juara AF Megastar akan diumumkan kerana pemenang tempat pertama, kedua atau seterusnya tidak ada.

Namun menurut Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris seperti yang dilaporkan oleh Astro Gempak, konsert akhir itu nanti akan ada kelainan yang akan dilakukan dengan kesemua bintang akan menerima hadiah.

Lima bintang yang berjaya mara ke pentas akhir AF Megastar adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir di mana pada minggu akhir ini mereka diberi dua tugasan iaitu satu lagu bebas dan satu lagu baharu.

Untuk lagu bebas, Idayu memilih lagu ‘My All’ nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baharu ‘Segalanya’ manakala Marsha pula akan menyanyika­n lagu ‘Pilihlah Aku’ (Kris Dayanti) dan sebuah lagu baharu berjudul ‘Hilang’.

Sementara itu, Syamel akan menyanyika­n lagu ‘Seniman Menangis’ (Jamal Abdillah), Bob memilih lagu ‘Bukan Dia Tapi Aku’ (Judika) dan Shahir akan beraksi di atas pentas akhir dengan lagu ‘Tapi Bukan Aku’ (Kerispatih).

Bagaimanap­un, lagu baharu yang akan dinyanyika­n oleh ketigatiga Bob, Syamel dan Shahir masih lagi belum diumumkan ketika artikel ini ditulis.

Format penjurian AF Megastar menggunaka­n 60 peratus oleh juri profesiona­l yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan manakala 40 peratus lagi daripada undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www.afmegastar.com.my.

Nantikan konsert akhir AF Megastar yang dikemudika­n oleh Datuk Aznil Nawawi dan bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Royal Theater, Shah Alam, esok (22 Oktober 2017, Ahad), jam 9 malam selain boleh juga ditonton secara langsung di laman http://www. afmegastar. com.my/

 ??  ??
 ??  ?? IDAYU MARSHA SHAHIR
IDAYU MARSHA SHAHIR
 ??  ??
 ??  ?? SYAMEL
SYAMEL
 ??  ?? BOB
BOB
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia