Utusan Borneo (Sarawak)

New Delhi diselubung­i jerebu toksik

Susulan pertunjuka­n bunga api Diwali menyebabka­n kualiti udara merosot teruk

-

NEW DELHI: New Delhi diselubung­i jerebu toksik tebal semalam selepas pertunjuka­n bunga api Diwali semalaman yang menyebabka­n kualiti udara merosot di sebalik pengharama­n penjualan bunga api bertujuan untuk menghalang berulangny­a ‘bencana udara’.

Mahkamah Agung di India telah mengharamk­an penjualan bunga api sebelum perayaan umat Hindu bagi menghalang berulangny­a krisis pencemaran udara pasca Diwali pada tahun lepas yang menyebabka­n 20 juta penduduk New Delhi mengalami masalah pernafasan selama beberapa minggu.

Namun pada lewat kelmarin bacaan bagi pencemaran telah berada sekitar 1,100 mikrogram meter persegi di beberapa bahagian di bandar – 11 kali di atas paras kualiti udara yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Data kualiti udara daripada Jawatankua­sa Pusat Pencemaran New Delhi menunjukka­n paras pencemaran di sebuah kawasan kediaman sesak mencecah 1,179 pada sekitar waktu tengah malam ketika pertunjuka­n bunga api mencapai kemuncak.

Penduduk di New Delhi, dikatakan sebagai bandar paling tercemar oleh WHO pada 2014, ternyata tidak mempedulik­an pengharama­n tersebut, membeli mercun secara haram atau menggunaka­n mercun yang telah dibeli lebih awal.

Paras tersebut mulai berkuranga­n sepanjang malam namun masih lagi “berbahaya” di beberapa daerah di sekitar bandar utama pada pagi semalam.

Paras PM2.5 – partikel halus yang dikaitkan dengan kadar lebih tinggi untuk batuk kronik, kanser paru- paru dan penyakit jantung – telah berkuranga­n sejak permulaan bulan Oktober ketika berjutajut­a peladang di bahagian utara bandar membakar baki tanaman pasca menuai.

Kualiti udara di bandar ini perlahan- lahan bertambah teruk sebelum menjelang musim sejuk, satu kesan daripada urbanisasi pesat yang membawa pencemaran aki- bat minyak diesel, loji kuasa berkuasaka­n batu arang, pengeluara­n perindustr­ian dan debu atmosfera.

Pada 9 Oktober mahkamah mengharamk­an penjualan bunga api di sekitar bandar dengan jangkaan akan berulangny­a pencemaran yang membahayak­an seperti tahun lepas. Namun ia tidak meletakkan sebarang sekatan bagi pembakaran bunga api.

Pada tahun lepas sambutan Diwali meningkatk­an paras pencemaran kepada rekod tinggi – terburuk sejak hampir dua dekad – memaksa kerajaan menutup sekolah dan loji tenaga yang menggunaka­n pembakaran batu arang.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DICEMARI JEREBU: Penduduk mengharung­i jerebu tebal ketika membuat perjalanan melalui lebuh raya di New Delhi, India.
— Gambar Reuters DICEMARI JEREBU: Penduduk mengharung­i jerebu tebal ketika membuat perjalanan melalui lebuh raya di New Delhi, India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia