Utusan Borneo (Sarawak)

Anak ugut bunuh ibu bapa direman tiga hari

-

MIRI: Anak lelaki pasangan warga emas diarah reman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan jenayah ugut bunuh terhadap ibu bapanya menyebabka­n pasangan itu ketakutan dan terpaksa tidur dalam kereta.

Suspek, 42, dari Lorong 2 Krokop di sini diperintah­kan supaya menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sani Mohd Nor, seorang wanita warga emas membuat laporan polis dengan mendakwa diugut anaknya.

Dalam aduannya, pengadu, 66, mendakwa sekitar jam 9 pagi, 18 Oktober lalu, anak lelakinya bertindak agresif dengan membaling barang di rumah hingga menyebabka­n perabot pecah dan rosak.

Melihat keadaan itu, pengadu dan suami cuba menegurnya sebaliknya suspek telah mengugut mahu membunuh kedua- dua mereka.

Pengadu dan suami terpaksa tidur di dalam kereta kerana takut akan diapa-apakan oleh suspek.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 3.25 petang, 19 Oktober lalu, sepasukan polis diketuai Inspektor Mohamad Asyraq Raime telah menangkap suspek di rumahnya di Krokop 2 di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Sani memberitah­u reman selama empat hari ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan suspek dan saksi-saksi terlibat, justeru membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan polis.

Namun, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan reman akan tamat 23 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia