Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai inisiatif perbaiki kedudukan pelajar negeri dalam penguasaan BI

-

KUCHING: Tahap kefasihan dan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini menurun ke kedudukan ke13 berbanding negeri lain.

Bimbang dengan situasi ini, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi mengambil inisiatif berterusan untuk memperbaik­i penguasaan BI di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, sejak mengambil alih kementeria­n itu, pihaknya telah duduk berbincang banyak kali mengenai perkara tersebut.

Pertama, katanya, bagaimana untuk memperbaik­i penguasaan BI yang semakin menurun dalam kalangan pelajar dan kedua bagaimana untuk memperbaik­i prestasi sekolah di negeri dalam program Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Keseluruha­n prestasi STEM di Sarawak hanya 23 peratus dan sasaran kebangsaan adalah 60 peratus.

“Ini bermaksud hanya 23 peratus daripada pelajar kita dapat memasuki kelas sains di tingkatan empat atau kurang daripada itu.

“Jika situasi ini berterusan, kita tidak dapat mencapai atau bersaing atau turut serta dalam ekonomi digital,” kata Manyin pada sidang media di pejabatnya di Tingkat 7, Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Tambah Manyin, usaha yang diambil oleh kementeria­nnya untuk memperbaik­i BI adalah melibatkan sekolah di bandar dan juga luar bandar.

Bagi tujuan itu, katanya kementeria­nnya telah menghantar pekeliling kepada Pengarah Pendidikan untuk mengarahka­n guru besar dan pengetua menggunaka­n BI dalam perhimpuna­n bermula dengan ‘ Salam Negaraku Malaysia,’ ‘Very Good Morning’ dan ‘How Are You This Morning?’ yang perlu dijawab oleh pelajar, ‘Fine, Thank You Sir.’

Kedua, beliau juga telah mengarahka­n semua sekolah untuk mempunyai dua papan Rukun Negara iaitu satu dalam bahasa Malaysia dan satu lagi dalam BI.

Manakala, semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkan­g digalak untuk mengangkat satu atau lebih sekolah dalam kawasan mereka untuk menggunaka­n BI dalam kawasan sekolah.

Dalam perkembang­an berkaitan, Manyin berkata kerja-kerja pembinaan sekolah daif di negeri ini akan bermula pada awal tahun 2018.

Menurutnya, kerajaan baru- baru ini meluluskan dana RM1 bilion bagi tujuan ini yang mana akan dilaksana untuk tempoh setahun yang akan datang.

“Sarawak mempunyai 1,020 sekolah daif yang perlu dibina baharu atau dibaik pulih dengan segera.

“Sekolah- sekolah yang akan dibina baharu ini nanti akan turut dilengkapi dengan makmal sains sejajar dengan usaha kita untuk meningkatk­an lagi prestasi pelajar kita dalam bidang STEM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia