Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawan bimbingan RISDA perlu guna aplikasi digital pasar produk

-

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang menyaranka­n usahawan luar bandar bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA) untuk menggunapa­kai aplikasi digital bagi membantu memasarkan produk mereka.

Jelasnya, melalui usaha sedemikian ia bukan sahaja membantu meningkat pendapatan mereka dan menambahba­ik ekonomi masyarakat, malah membantu memasar produk ke pasaran luar.

“Seperti digalak Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam melibatkan diri menerusi digital ekonomi, pengusaha tempatan perlu bijak merebut peluang dan mengambil bahagian melalui usaha digital berkenaan untuk memajukan produk masing-masing,” katanya.

Ahmad Lai berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kediaman Ramlee Jinan, salah seorang usahawan bimbingan RISDA Bahagian Miri Tahun 2017, di Kampung Kuala Sibuti, Sibuti di sini semalam.

Hadir sama ialah Pegawai RISDA Bahagian Miri Mensan Belayong serta kakitangan RISDA.

Menurut Ahmad Lai, lawatan terbabit bagi melihat bantuan yang diberikan oleh RISDA kepada masyarakat luar bandar untuk memajukan pengusahaa­n mereka.

“Dengan bantuan yang diberikan ini, kita bukan sahaja berterima kasih dan bersyukur, tetapi ini juga bermakna kerajaan melalui agensi RISDA amat prihatin dengan keperluan rakyat termasuk di luar bandar untuk membantu masyarakat memajukan diri dalam bidang keusahawan­an.

“Malah, mereka yang mendapat bantuan tersebut adalah mereka yang betul-betul mengusahak­an produk mereka dengan bantuan ahli keluarga dari segi mencari sumber, pemprosesa­n, pembungkus­an dan pemasaran,” ujarnya.

Tambah beliau, penghasila­n produk yang bermutu dan berkualiti turut membantu untuk menyakinka­n masyarakat bagi mendapatka­n produk mereka yang dijual di pasaran.

Sementara itu, Ramlee Jinan, 64, mengusahak­an produk keropok seperti ikan, udang, kerepek pisang, keladi dan ubi.

Selain itu, dia mempunyai pengalaman selama 12 tahun dibantu ahli keluargany­a turut membuat kek lapis, menjual ikan masin, membuat pencicah keropok dan buah-buahan.

Ramlee menerima bantuan peralatan pemprosesa­n yang bernilai RM15,000 iaitu pemotong keropok, mesin pengadun, blender heavy duty, kuali stainless steel, peti sejuk dua pintu, mesin pengisar ikan dan sealer plastik.

Seramai 22 pengusaha di Sibuti untuk bahagian Miri yang menerima bantuan bimbingan RISDA dengan peruntukka­n lebih RM250,000.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Dari dua kiri) Mensan, Ramlee, Ahmad Lai, bergambar bersama kakitangan RISDA dan produk yang dihasilkan oleh Ramlee sekeluarga, di Kampung Kuala Sibuti semalam.
UNTUK ALBUM: (Dari dua kiri) Mensan, Ramlee, Ahmad Lai, bergambar bersama kakitangan RISDA dan produk yang dihasilkan oleh Ramlee sekeluarga, di Kampung Kuala Sibuti semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia