Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu pemimpin sampai misi, visi k’jaan

Pemimpin akar umbi perlu bekerjasam­a tingkat taraf hidup masyarakat luar bandar

- Oleh Frankie Junau

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menggesa pemimpin masyarakat tempatan komited dalam melaksanak­an misi dan visi kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan memerintah.

Menyifatka­n sokongan itu sebagai perlu, beliau menekankan ia demi kebaikan bersama antara pemimpin dengan anak buah di bawah tadbiran masing-masing.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi anda sebenarnya mempunyai peranan cukup besar dalam menyampaik­an setiap visi kerajaan agar mesej tersebut sampai kepada golongan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Selamat anjuran penghulu dan Kapitan Cina baharu dilantik di Pusat Khidmat Barisan Nasional N.33 Engkilili, pekan Engkilili di

Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi anda sebenarnya mempunyai peranan cukup besar dalam menyampaik­an setiap visi kerajaan agar mesej tersebut sampai kepada golongan sasaran. Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

sini semalam.

Antara ketua masyarakat tersebut ialah Penghulu Nyambong Maweng, Penghulu Lee Chee Ming @ Ah Beng, Kapitan Lai Jiew San serta Kapitan Boon Bong Fong.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) tersebut mahu pemimpin akar umbi membantu wakil rakyat serta kerajaan mencari jalan untuk memajukan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Ketika ini taraf hidup masyarakat kita masih ket- inggalan dan ia berpunca daripada pendapatan tidak menentu dan saya menyaran agar anda menyampaik­an mesej kerajaan yang mahu rakyat berpendapa­tan tinggi mengusahak­an tanah.

“Kita kaya tanah tapi mengapa kualiti hidup tidak berubah? Ia kerana kita gagal merebut peluang mengusahak­an tanah yang terbentang luas itu,” katanya.

Bercakap lanjut, beliau mahu pemimpin akar umbi terdiri daripada penghulu, kaunselor, kapitan dan tuai rumah memahami dengan jelas wawasan kerajaan dan bukan sekadar memegang jawatan tanpa komited melaksanak­annya.

“Yang rugi adalah anak buah di bawah tadbiran anda dan kita risau golongan itu akan menyalahka­n kerajaan terutama wakil rakyat,” ujarnya dan mahu sebarang perkara berbangkit melibatkan kebajikan serta permasalah­an rakyat dibawa menerusi saluran yang betul.

Turut hadir ke majlis makan selamat itu ialah Penghulu Betuk Tubi, Penghulu Gerang Anchih, Pengerusi Persatuan Tuai- Tuai Rumah Zon Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu, para kaunselor, tuai-tuai rumah serta masyarakat sekitar Engkilili.

 ??  ?? SOKONGAN: Antara kaunselor, tuai rumah serta tetamu yang hadir ke majlis makan selamat di Pusat Khidmat Barisan Nasional N.33 Engkilili, pekan Engkilili semalam.
SOKONGAN: Antara kaunselor, tuai rumah serta tetamu yang hadir ke majlis makan selamat di Pusat Khidmat Barisan Nasional N.33 Engkilili, pekan Engkilili semalam.
 ??  ?? KENANGAN: (Dari kiri) Dr Nordin, Dr Wan Mansor, Ugak, Dr Hilmi, Jamit serta tetamu jemputan merakam kenangan pada Majlis Malam Mesra Bersama Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di Dewan Sri Baleh baru-baru ini.
KENANGAN: (Dari kiri) Dr Nordin, Dr Wan Mansor, Ugak, Dr Hilmi, Jamit serta tetamu jemputan merakam kenangan pada Majlis Malam Mesra Bersama Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di Dewan Sri Baleh baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia