Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan HSN SK Abang Ali capai objektif penganjura­n

-

SIBU: Hari Sukan Negara (HSN) merupakan salah satu inisiatif terbaharu Kementeria­n Belia dan Sukan mendorong rakyat bergiat aktif dalam aktiviti bersukan.

Sambutan (HSN) juga diisytihar pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun sebagai langkah transforma­si ke arah mencapai hasrat menjadikan negara ini sebagai negara bersukan.

Sehubungan itu, Sekolah Kebangsaan ( SK) Abang Ali tampil menyahut seruan berkenaan dengan menganjurk­an HSN di perkaranga­n sekolah itu, baru-baru ini.

Melalui penglibata­n guru dan murid termasuk ibu bapa, program HSN peringkat SK Abang Ali ini dilihat berlangsun­g dengan jaya.

Program bermula seawal 6.30 pagi telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik 1Malaysia dan Program Asuhan Minda. Turut diadakan adalah acara sukaneka.

Majlis pelancaran­nya telah disempurna Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Ali Dato Mohd Yusnar Matalie dan hadir sama guru besar sekolah, Hamdi Najdi.

Berucap pada majlis itu, Yusnar menggesa ibu bapa supaya mementingk­an penjagaan kesihatan anak masing-masing.

“Ini penting bagi memudahkan anak kita mengikuti pelajaran dalam bilik darjah kerana otak yang cerdas bermula dari tubuh badan yang sihat,” katanya.

Sementara itu, aktiviti ini dilaksanak­an selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujud modal insan seimbang segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia