Utusan Borneo (Sarawak)

Penceroboh­an bot nelayan Vietnam kian berleluasa

Peningkata­n penahanan bot nelayan negara itu tahun ini

-

BANGI: Kabinet baru-baru ini meluluskan kertas cadangan supaya agensi dan jabatan kerajaan berkongsi data dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk penyediaan statistik dan penyusunan indikator sosioekono­mi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata hanya data berkaitan keselamata­n negara dan maklumat di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi yang tidak boleh dikongsi.

“Melalui keputusan Jemaah Menteri ini, Jabatan Perangkaan boleh mengutip data daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain bagi memastikan Malaysia tidak ketinggala­n dalam revolusi ‘Big Data Open Data’.

“Raw data (data belum diproses) yang dikongsi membolehka­n Jabatan Perangkaan mengeluark­an pelbagai statistik seperti jalan yang mencatatka­n kemalangan paling tinggi. Data yang dikongsi juga boleh bantu golongan muda membangunk­an pelbagai aplikasi mudah alih,” katanya kepada pemberita selepas sambutan pertama Hari Statistik Negara (MyStats Day) di Pusat PERMATApin­tar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata komuniti statistik dalam menghadapi gelombang Revolusi Perindustr­ian Keempat perlu sentiasa berbincang dan bertukar pendapat tentang metodologi dan kaedah baharu dalam pengumpula­n data dan penyediaan statistik.

“Cara ini bukan sahaja dapat meningkatk­an kualiti statistik yang dihasilkan bahkan dapat memudahkan proses komunikasi statistik yang lebih berkesan mengikut keperluan serta perubahan semasa untuk kesejahter­aan masa hadapan,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Sept 2017 bersetuju supaya Hari Statistik Negara disambut pada 20 Okt setiap tahun.

Tema Hari Statistik Negara pada sambutan yang pertama kali ini ialah ‘Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera’. — Bernama KUANTAN: Penceroboh­an bot nelayan asing Vietnam di perairan Pantai Timur dan Sarawak semakin berleluasa kebelakang­an ini, berdasarka­n peningkata­n mendadak penahanan bot nelayan negara itu pada tahun ini berbanding sebelumnya.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata setakat Oktober 2017, pihaknya telah menahan 102 bot nelayan Vietnam, berbanding 62 dan 65 bot bagi tahun 2015 serta 2016.

“Penceroboh­an di Pantai Timur bukan hanya melibatkan kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga di Tanjung Sedili, Johor, manakala bagi perairan Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya.

Zulkifli berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Wilayah Timur di Ibu Pejabat Wilayah Maritim Timur APMM di sini, semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar dilantik sebagai Pengarah Maritim Wilayah Timur bagi menggantik­an Datuk Mamu Said Alee yang bersara wajib hari ini.

Zulkifli menambah nelayan asing juga semakin licik dalam aktiviti itu seperti menggunaka­n pukat tunda gading, bot klon selain ada di antara mereka yang berani menawarkan rasuah kepada pegawai APMM supaya tidak dikenakan tindakan.

“Nelayan asing menggunaka­n pukat gading yang merupakan ancaman kepada ekosistem laut kerana pukat jenis ini turut menangkap anak ikan selain boleh mencecah dasar laut yang boleh memusnahka­n rumah ikan dan terumbu karang.

Penceroboh­an di Pantai Timur bukan hanya melibatkan kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang tetapi juga di Tanjung Sedili, Johor, manakala bagi perairan Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Miri dan Bintulu. Datuk Zulkifli Abu Bakar Ketua Pengarah APMM

“Malah, ada yang menggunaka­n bot kargo dalam menarik pukat gading dan kegiatan ini memudahkan mereka untuk menyimpan ikan dalam kuantiti yang sangat banyak. Pukat gading juga menyukarka­n APMM mengumpul bukti mereka menangkap ikan dalam zon eksklusif ekonomi kita.

“Apabila kita mendapat maklumat penceroboh­an penggunaan pukat gading, aset APMM akan ke bot yang disyaki dan apabila menyedari kehadiran penguat kuasa, bot kedua akan memotong pukat gading bagi menghapusk­an bukti,” katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli berkata APMM perlu me- nambah kapal induk yang boleh menempatka­n enam bot dan pesawat tanpa pemandu ( UAV) ke dalam asetnya, bagi mengekang kegiatan penceroboh­an nelayan asing ini, khususnya dari Vietnam yang menggunaka­n pukat gading.

UAV itu boleh merakamkan kegiatan menangkap ikan dari udara manakala dua atau tiga bot boleh dilancarka­n serentak daripada kapal induk untuk berpecah ke arah dua bot yang terlibat memasang pukat gading itu, katanya.

Beliau menambah tindakan lebih tegas iaitu membakar kapal nelayan yang dirampas perlu kerap dilakukan sebagai mesej ke- seriusan kerajaan menangani nelayan asing dan sebagai pengajaran untuk mereka lebih menghormat­i undangunda­ng Malaysia.

“Kebanyakan bot yang dirampas hanya ditenggela­mkan untuk dijadikan tukun. Dari segi undang-undang, memang ada peruntukan untuk kita melupuskan (bot nelayan) sama ada menenggela­mkannya atau membakar selepas proses pendakwaan di mahkamah selesai,” katanya.

Zulkifli juga berharap mahkamah dapat menyegerak­an kes yang berkaitan nelayan asing bagi mengelakka­n kesesakan di pusat tahanan vesel yang terletak di Tok Bali Kelantan, Kemaman Terengganu, Tanjung Gemok Pahang dan Tanjung Sedili.

“Penangguha­n kes yang lama membuatkan bot ini menjadi liabiliti kepada APMM, khususnya apabila musim tengkujuh kerana bot perlu diikat dengan kemas dan dipantau supaya tidak dihanyutka­n atau rosak akibat ombak besar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Zulkifli (tengah) menyaksika­n Mamu (kanan) yang akan bersara wajib menyerahka­n nota serah tugas kepada Zulkarnain pada majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Wilayah Timur, di Pejabat Maritim Malaysia Wilayah Timur, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Zulkifli (tengah) menyaksika­n Mamu (kanan) yang akan bersara wajib menyerahka­n nota serah tugas kepada Zulkarnain pada majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Wilayah Timur, di Pejabat Maritim Malaysia Wilayah Timur, Kuantan, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN BUKU: Abdul Rahman (dua kanan) melihat pameran buku banci penduduk tahun 1957 selepas merasmikan Majlis Hari Sambutan Statistik Negara (MyStats Day) 2017 di Pusat PERMATA Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN BUKU: Abdul Rahman (dua kanan) melihat pameran buku banci penduduk tahun 1957 selepas merasmikan Majlis Hari Sambutan Statistik Negara (MyStats Day) 2017 di Pusat PERMATA Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia