Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil produk berpotensi eksport

Ahli KWIS diminta lebih proaktif, guna strategi pemasaran e-dagang

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Ahli Kelab Wanita Ikhtiar Sibu (KWIS) diminta untuk menghasilk­an produk khusus yang berpotensi besar bagi pasaran eksport.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong mencadangk­an KWIS untuk menggunaka­n perkhidmat­an e-dagang bagi memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Romeo berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat jawatankua­sa KWIS di pejabatnya di sini kelmarin.

Kumpulan itu diketuai oleh presiden baharunya Haptiah Bairi.

“Sebagai permulaan saya menasihati mereka supaya memikirkan satu produk yang mereka mampu hasil-

Produk ini mesti mempunyai potensi besar untuk dipasarkan di luar negeri (pasaran eksport). Saya juga menasihati mereka supaya lebih proaktif dan menerapkan e-dagang dalam strategi pemasaran masa depan mereka. Romeo Christophe­r Tegong Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

kan dengan kos yang murah di rumah dengan erti kata lain, mengikut kemampuan mereka.

“Produk ini mesti mempunyai potensi besar untuk dipasarkan di luar negeri (pasaran eksport).

“Saya juga menasihati mereka supaya lebih proaktif dan menerapkan e-dagang dalam strategi pemasaran masa depan mereka.

“Oleh itu, untuk menjimatka­n kos dan menghasilk­an margin keuntungan yang lebih tinggi, mereka tidak mempunyai pilihan selain beralih kepada pemasaran dalam talian,” ujar beliau.

Romeo menjelaska­n apabila produk mereka sudah berada di pasaran mereka mesti bersedia dan bekerja lebih keras untuk menampung permintaan selain memastikan bekalan yang sentiasa mencukupi.

Beliau menegaskan apa- bila mencapai tahap yang mana produk mereka sudah mendapat permintaan tinggi, penyertaan dan komitmen daripada semua ahli KWIS paling penting.

“Ini kerana apabila produk berada di pasaran memerlukan ramai ahli untuk mengambil bahagian selain memastikan kualiti produk dikekalkan bagi memenangi kepercayaa­n dan keyakinan pelanggan,” ujar beliau lagi.

Mengenai perkara lain, beliau menasihatk­an jawa- tankuasa kelab supaya menjaga dan memelihara perpaduan ahli yang terdiri daripada kalangan wanita.

Pada masa sama, kumpulan itu juga menunjukka­n Romeo kertas kerja berkaitan program mereka yang dijadualka­n pada bulan Disember ini iaitu ‘Perhimpuna­n Usahawan sempena Ulang Tahun Ke-20 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Sarawak 2017.’

Untuk rekod, setakat ini kelab itu mempunyai 1,967 ahli.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Romeo (tengah) ketika menerima kunjungan KWIS di pejabatnya di Sibu, barubaru ini.
UNTUK ALBUM: Romeo (tengah) ketika menerima kunjungan KWIS di pejabatnya di Sibu, barubaru ini.
 ??  ?? BERAMAH-MESRA: Zulkipli bertanya sesuatu kepada seorang peniaga di pekan Sebauh.
BERAMAH-MESRA: Zulkipli bertanya sesuatu kepada seorang peniaga di pekan Sebauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia