Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Koeman buntu mencari kemenangan

Insiden pergaduhan tambah duka kekalahan Everton kepada Lyon, Giroud beri Arsenal tiga mata

-

Tendangan penalti Nabil Fekir meletakkan kelab Lyon dari Perancis di hadapan pada awal perlawanan manakala Everton cuba mencari inspirasi tanpa Wayne Rooney yang direhatkan dan menonton perlawanan dari tempat duduk penonton.

Orang ramai hanya benarbenar menyokong pasukan mereka apabila satu pergaduhan beramai-ramai meletus di antara para pemain pada babak kedua setelah kapten Ashley Williams menolak Anthony Lopes sehingga terjatuh ketika penjaga gol Lyon itu melompat untuk menangkap bola.

Pemain antarabang­sa Wales itu bernasib baik tidak dilayangka­n kad merah kerana dia juga kelihatan seperti menumbuk beberapa pemain, manakala segelintir peminat tuan rumah cuba melibatkan diri dalam apa yang berlaku dengan cuba menaiki penghadang. Ketegangan yang berlaku di antara pemain Everton, Williams dengan penjaga gol Lyon, Anthony Lopes pada aksi Liga Europa di antara Everton dan Lyon di Goodison Park.

Insiden itu tidak mungkin tidak akan dibiarkan oleh UEFA, tetapi Williams menepisnya dengan meledak masuk tandukan kencang dari tendangan percuma Gylfi Sigurdsson hanya beberapa minit sahaja kemudian.

Namun Lyon ternyata bermain lebih baik dan berada di hadapan semula menerusi penyudah bijak Bertrand Traore.

Williams menepis saat kegilaanny­a, dengan memberitah­u BT Sport: “Ia adalah bola sepak. Itulah dia. Kami mahu menang dan begitu juga mereka. Perkara ini berlaku. Kami mahu berjuang demi diri sendiri, kelab dan penyokong.”

Saya kecewa, kami bermula dengan baik dan kami membuat satu kekasaran yang amat bodoh untuk tendangan penalti itu. Ronald Koeman Pengurus Everton

Everton sekarang mengalih perhatian kepada perlawanan di stadium sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal pada malam esok (Ahad), di mana keputusan lain selain tiga mata akan meletakkan kedudukan Koeman di bawah tumpuan yang lebih membimbang­kan.

“Saya kecewa, kami bermula dengan baik dan kami membuat satu kekasaran yang amat bodoh untuk tendangan penalti itu,” kata Koeman.

Kelab Merseyside itu, yang menang hanya dua perlawanan EPL dalam lapan perlawanan pada musim ini walaupun membuat pelaburan perpindaha­n yang signifikan pada musim percutian lepas, kekal di tempat tercorot dalam Kumpulan E dengan satu mata selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan.

Atalanta dari Itali menduduki tempat teratas di hadapan Lyon selepas menyingkir­kan Apollon Limassol 3-1.

Terdahulu kelmarin, Arsenal bernasib baik beberapa kali dalam perlawanan yang hambar, sebelum Giroud menjaringk­an gol pada minit ke- 85 setelah Red Star menyaksika­n Milan Radic dibuang dari padang.

Arsenal mengambil kesempatan dengan bergaya dengan satu jaringan cantik, apabila kuisan cantik Jack Wilshere ditolak ke hadapan gawang oleh Walcott kepada Giroud untuk melakukan tendangan gunting yang memusing bola ke sudut atas gol.

Kelab EPL itu kekal di tempat teratas dalam Kumpulan H, lima mata di hadapan Red Star, selepas tiga kemenangan berturuttu­rut.

Kelab cemerlang Serie A Itali, Lazio, bangkit selepas keti n g g a l a n untuk menang 3-1 di Nice.

M a r i o Balotelli membuka jaringan untuk Nice pada minit keempat, selepas mengumumka­n kelahiran anak lelakinya Lion pada awal minggu ini, h a n y a PENYELAMAT: Giroud meraikan gol jaringanny­a pada aksi perlawanan Liga Europa di antara Red Star Belgrade dan Arsenal di Stadium Rajko Mitic, Serbia. untuk Felipe Caicedo menyamakan kedudukan beberapa saat kemudian. Kelab ibu kota Itali itu menduduki tempat teratas dalam Kumpulan K dan melanjutka­n rekod tanpa kalah mereka di tempat lawan dalam Liga Europa kepada 11 perlawanan apabila pemain tengah Sergej Milinkovic-Savic menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua. Namun juara Eropah sebanyak tujuh kali AC Milan terus bergelut apabila mereka diikat 0-0 di stadium sendiri oleh AEK Athens dalam Kumpulan D. Real Sociedad bangkit dari kekalahan 3-1 kepada Zenit St Petersburg dalam perl a w a n a n t e r a k h i r s e b e l u m ini dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Vardar di Macedonia dengan Willian Jose dari Brazil menjaringk­an empat gol dalam masa 25 minit. — AFP

 ??  ?? BERTEGANG URAT:
BERTEGANG URAT:
 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia