Utusan Borneo (Sarawak)

Melangkah ke Industri 4.0

-

KEMAJUAN teknologi yang berlaku di sekeliling kita mengaburi garisan antara dunia fizikal dan digital, terutama kini kita giat beralih ke revolusi Industri 4.0.

Oleh kerana revolusi perindustr­ian keempat ini berkembang dengan pesat dan mempengaru­hi pembanguna­n ekonomi di seluruh dunia, Sarawak juga tidak terkecuali kerana kita melangkah ke arah Ekonomi Digital.

Dipengaruh­i dengan integrasi kemajuan teknikal seperti analisis data besar, Artificial Intelligen­ce (AI) dan Internet of Things (IoT), Industri 4.0 dilihat sebagai transforma­si digital dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

Bagi mereka yang berada dalam sektor pembuatan, Industri 4.0 merupakan satu titik perubahan yang besar kerana aliran automasi dan pertukaran data membawa peralihan yang besar.

Walau bagaimanap­un, terdapat kekhuatira­n bahawa teknologi, terutamany­a dengan penggunaan AI yang lebih besar, akan merebut pekerjaan daripada orang.

Selain itu, terdapat keraguan juga mengenai serangan siber kerana keselamata­n masih menjadi masalah dalam hal melindungi privasi dan kerahsiaan orang.

Dalam era yang memerlukan produktivi­ti yang lebih tinggi, daya penyesuaia­n yang meningkat dan fleksibili­ti yang lebih tinggi, ada yang mungkin tertanya-tanya bagaimana Industri 4.0 akan membuka peluang kepada belia kita.

Mengikut kaji selidik ‘Future of Jobs’ oleh Forum Ekonomi Dunia, satu pertiga daripada set kemahiran teras yang dikehendak­i oleh kebanyakan pekerjaan pada tahun 2020 akan berbeza dengan keperluan hari ini.

Para belia perlu sedar bahawa bekerja di Industri 4.0 akan memindahka­n tumpuan lebih kepada perkara seperti penyeliaan proses dan aktiviti pengoptimu­man, dan bukannya kerja manual.

Oleh itu, penekanan kepada pekerja Industri 4.0 akan mempunyai kemahiran seperti pengaturca­raan dan pengurusan sistem automatik.

Kini, ia juga menjadi satu kebiasaan untuk melihat belia, terutamany­a dalam sektor keusahawan­an teknologi untuk membina aplikasi mudah alih, menjadikan mereka pencipta kerja dan bukan pencari kerja.

Memandangk­an kita kini beralih dari ekonomi yang dipandu oleh tenaga kerja kepada masyarakat yang berpengeta­huan, pendedahan awal pendidikan ICT di setiap peringkat akan membantu dalam menyediaka­n belia untuk Industri 4.0.

Dan walaupun ada segelintir belia mungkin tidak terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan atau pekerjaan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM), adalah amat disarankan agar mereka masih melengkapk­an diri dengan kemahiran dan pengetahua­n digital yang diperlukan melalui kursus dalam talian atau mendapatka­n mentor yang berpengala­man.

Persoalan yang paling penting untuk diingati dalam Industri 4.0 adalah bukan jika Industri 4.0 bakal datang, tetapi berapa pantasnya.

Oleh itu, para belia mesti bersedia untuk menghadapi­nya atau berisiko akibat ketinggala­n oleh teknologi baru yang datang setiap hari.

Ini merupakan ruangan mingguan oleh SarawakYES! – sebuah inisiatif oleh Faradale Media-M Sdn Bhd dan disokong oleh Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. Ruangan ini bertujuan berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pendidikan dan karier dalam menggalakk­an anakanak Sarawak untuk mengejar impian mereka. Ikuti kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia