Utusan Borneo (Sarawak)

Muzikal OlaBola bakal beraksi di Istana Budaya tahun depan

-

KUMPULAN Enfiniti, milik Datin Seri Tiara Jacquelina, mengumumka­n barisan penuh muzikal OlaBola yang bakal beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya awal tahun depan.

Lebih istimewa, muzikal ini telah diberi penghormat­an sebagai persembaha­n pembukaan Istana Budaya bagi tahun 2018, iaitu bermula pada 8 Februari hingga 11 Mac.

Tiara Jacquelina menyifatka­n barisan penuh muzikal ini sebagai barisan impian kerana setiap pelakon mempunyai bakat dari pelbagai bidang seni persembaha­n.

“Bagi saya ini barisan yang diimpikan. Mereka pasti akan memukau penonton melalui persembaha­n mereka Februari akan datang,” katanya pada sidang media,” katanya pada sidang media di Auditorium Mini Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTIC) barubaru ini.

“Tambahan lagi kami ada bintang rap, Altimet dalam peranan pentas pertamanya,” tambah Tiara Jacquelina, yang juga Pengarah Muzikal OlaBola. CETUS FENOMENA

Peminat filem OlaBola yang pernah mencetuska­n fenomena pada 2016 bakal menyaksika­n Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen kembali beraksi sebagai Ahmad Ali dan Ong Tiam Cai dalam muzikal ini.

Turut membintang­i pementasan ini ialah Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong atau Tauke, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar dan Kai Chalmers sebagai Eric Yong.

Sementara itu, Altimet pula bakal muncul sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal OlaBola ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad.

Keenam-enam pelakon ini adalah antara 40 orang pelakon yang bakal membarisi pementasan muzikal ini menerusi pemilihan yang dibuat daripada 300 orang yang hadir pada sesi uji bakat pada hujung Ogos lalu.

Selain itu, Altimet juga berperanan sebagai pencipta lagu bersama Mia Palencia untuk Muzikal OlaBola yang bertajuk Luar Biasa. Lagu ini turut diperdenga­rkan buat pertama kalinya di Konsert Akademi Fantasia Megastar oleh keenamenam pelakon utama tersebut baru-baru ini. BERLATARKA­N TAHUN 1980

Muzikal OlaBola yang berlatarka­n tahun 1980 ketika waktu ekonomi bergelora, mengisahka­n sekumpulan pemain bola sepak yang menghadapi kekalahan memalukan kerana ketidaksef­ahaman.

Penjualan tiket muzikal bermula pada 16 Oktober dan sebagai promosi ‘Pembelian Awal’, tiket asal yang berharga RM250 boleh didapati pada harga diskaun RM150.

Promosi tersebut boleh didapati sehingga 16 November sementara masih ada. Untuk maklumat lanjut dan maklumat penuh tiket, boleh layari laman web di www.olabolamus­ical.com. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? MUZIKAL: (Dari kiri) Engku Emran (Enfiniti) Raja Jastina (Astro), Saiful Ridzuan a.k.a. Duan (Music Director for OlaBola The Musical), Rajah Malek (Set Designer of OlaBola The Musical), Tiara Jacquelina (Founder of Enfiniti - Director) bersama barisan...
MUZIKAL: (Dari kiri) Engku Emran (Enfiniti) Raja Jastina (Astro), Saiful Ridzuan a.k.a. Duan (Music Director for OlaBola The Musical), Rajah Malek (Set Designer of OlaBola The Musical), Tiara Jacquelina (Founder of Enfiniti - Director) bersama barisan...
 ??  ?? TURUT BERLAKON: Altimet bakal muncul sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal OlaBola ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad.
TURUT BERLAKON: Altimet bakal muncul sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal OlaBola ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia