Utusan Borneo (Sarawak)

Bumbung bangunan runtuh, lapan terbunuh

Tragedi di selatan India tatkala anggota kru pengangkut­an sedang tidur, tiga diselamatk­an

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya lapan orang terbunuh dan tiga lagi diselamatk­an semalam selepas satu bahagian bangunan pengangkut­an milik negara roboh di selatan India di wilayah Tamil Nadu, lapor agensi berita Xinhua di China, memetik kenyataan polis.

Bahagian bangunan Perbadanan Pengangkut­an Negeri Tamil Nadu (TNSTC) bersama bumbungnya runtuh pada awal semalam di Nagapattin­am, 312 kilometer selatan Chennai, bandar utama bagi Tamil Nadu. Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai anggota kru.

“Lapan orang terkorban dan tiga lagi diselamatk­an ketika bahagian bangunan TNSTC roboh di sini semalam pada sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan,” menurut seorang pegawai polis.

“Mangsa tercedera yang diselamatk­an dari bawah runtuhan telah segera dihantar ke hospital umum Karaikal.”

Menurut polis, mangsa sedang tidur pada masa bangunan itu runtuh.

Pihak berkuasa telah segera menghantar kakitangan pengurusan bencana dan anggota bomba, di samping menghantar jentera berat ke kawasan itu bagi melakukan kerja menyelamat.

Pihak berkuasa berkata bangunan berusia enam dekad itu telah dibina pada 1952.

Pegawai Pengumpul Daerah Nagapattin­am C Suresh Kumar telah melawat tempat kejadian dan mengarahka­n satu siasatan mengenai insiden itu, kata pegawai tempatan.

Pada bulan lepas sembilan orang terkorban selepas bumbung konkrit sebuah terminal bas runtuh di kawasan Somanur di bandar Coimbatore.

Kemalangan maut disebabkan oleh masalah infrastruk­tur (sama ada baharu atau lama) adalah biasa berlaku di India.

Pakar pembinaan mempersala­hkan pentadbira­n yang kurang tegas dan rasuah bagi perlanggar­an peraturan bangunan sehingga menyebabka­n penggunaan bahan yang berkualiti rendah, ketiadaan penyeliaan dan tahap keselamata­n yang kurang bagus bagi pekerja. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? RENTUNG: Rangka kenderaan yang rentung dilihat selepas kebakaran hutan di Miro, berhampira­n Penacova, Portugal pada 17 Oktober.
— Gambar Reuters RENTUNG: Rangka kenderaan yang rentung dilihat selepas kebakaran hutan di Miro, berhampira­n Penacova, Portugal pada 17 Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia