Utusan Borneo (Sarawak)

Penipu menyamar polis Sherlock Holmes dipenjara

-

LONDON: Seorang penipu dari Britain yang menyamar sebagai anggota polis dengan nama yang sama seperti inspektor dari kisah Sherlock Holmes dan mencuri ribuan pound dalam bentuk wang tunai, telah dipenjarak­an.

Aaron Cowan, 24, dari Kent – sebuah daerah di tenggara London – memperkena­lkan diri sebagai Greg Lestrade, inspektor fiksyen dari siri Sir Arthur Conan Doyle, dan menggunaka­n lencana polis palsu ketika menyasarka­n pembuat buku dan kedaikedai.

Dalam satu kejadian dia memperoleh­i 4,840 ($6,370) dari sebuah kedai judi ketika menyamar sebagai memeriksa kepingan wang kertas palsu dengan satu tiub halus yang mengeluark­an cecair.

Tindakan jenayah Cowan, pada Mac dan April, dihentikan selepas seorang mangsa berasa curiga dengan nama Lestrade dan menghubung­i polis sebenar.

Mereka menemui lencana palsu, wang tunai dan bukti lain ketika mereka menggeleda­h rumahnya.

Seorang hakim mahkamah jenayah pada Rabu lepas menjatuhka­n hukuman penjara selama lima tahun terhadap Cowan, yang mengaku bersalah terhadap enam tuduhan bersikap tidak jujur dengan memberi gambaran palsu bagi mengaut keuntungan.

“Kami tidak pasti kenapa dia memilih satu nama yang istimewa namun ia diketahui menjadi punca kejatuhann­ya,” kata pegawai penyiasat Detektif Konstabel Gareth Foreman, dari Polis Kent.

“Menurut kata-kata Sherlock Holmes sendiri – apa yang dicipta oleh seseorang itu, pasti akan dibongkar oleh orang lain.” — AFP SYDNEY: Enam nelayan hilang di luar pantai timur Australia selepas kapal pukat tunda mereka terbalik dan karam semasa laut bergelora dianggap sudah mati, ketika polis menyatakan semalam “tempoh untuk terus hidup telah tamat”.

Hanya seorang kru, Ruben McDornan, diselamatk­an dari bot nelayan komersil yang terbalik pada Isnin lepas.

Anggota penyelamat telah memeriksa kawasan perairan berhampira­n Middle Island, di utara pekan Seventeen Seventy di tengah negeri Queensland, namun polis menyatakan semalam usaha menyelamat telah bertukar kepada fasa penemuan semula.

“Nasihat pakar adalah peringkat bertahan untuk hidup sekarang telah berlalu, dan misi mencari dan menyelamat sekarang ditukarkan kepada fasa penemuan semula,” kata Polis Queensland dalam satu kenyataan.

“Nasihat ini telah dimaklumka­n kepada keluarga enam mangsa tersebut.”

McDornan, 32, terselamat 12 jam dalam keadaan sukar sebelum diselamatk­an oleh sebuah kapal layar yang melalui kawasan tersebut dan dipertemuk­an semula dengan keluargany­a kelmarin, lapor Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

Isterinya, Sammy McDornan, mengucapka­n terima kasih kepada penyokong dalam Facebook semalam serta menambah bahawa McDornan “dalam keadaan baik di sebalik semua perkara yang telah berlaku.”

Courier Mail di Queensland semalam melaporkan keluarga dan rakan- rakan mangsa yang hilang telah menyewa sebuah bot dan sebuah pesawat laut bagi mencari mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia