Utusan Borneo (Sarawak)

KARAM DIBADAI GELORA

Tiga terselamat berpaut, dua hilang dalam insiden perahu terbalik di Empangan Batang Ai.

- Oleh Jeremy Lanson dan Kelvin Lambai

LUBOK ANTU: Tiga mangsa yang terselamat dalam insiden perahu karam di Empangan Hidroelekt­rik Batang Ai di sini terpaksa berpaut pada tong minyak dan serpihan perahu sebelum diselamatk­an oleh pekerja resort berdekatan.

Dalam insiden sekitar jam 5.30 petang kelmarin, jurumudi perahu tersebut yang dikenali sebagai James Nyambong, 45, berpaut pada tong minyak apabila perahu mereka karam dipukul angin kencang.

Manakala dua lagi lelaki iaitu Elisther Naka, 20, dan seorang lelaki warga Indonesia, Aris Kusnandar, 45, berpaut pada serpihan perahu mereka yang terbalik, namun dua lagi lelaki juga warga Indonesia hilang dihanyutka­n arus deras.

“Mereka semasa kejadian dalam perjalanan menuju ke resort berdekatan apabila perahu mereka karam kerana angin kencang dan arus deras.

“Mujur pemandu bot tersebut dapat berpaut pada tong minyak dan segera mendapatka­n bantuan daripada pekerja di resort berdekatan yang kemudian terus menyelamat dua lagi lelaki yang sedang berpaut pada serpihan perahu.

“Namun, dua lagi lelaki juga warganegar­a Indonesia gagal ditemui menyebabka­n rakan-rakannya mendapatka­n bantuan daripada anggota penyelamat,” kata Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim.

Difahamkan, dua lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Yustinus Tukiman, 59, dan Sudigdo, 58, berasal dari Kalimantan Tengah.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarka­n sebaik sahaja laporan diterima pada hari kejadian dan turut disertai anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan orang awam.

“Operasi pencarian bermula di sekitar pulau-pulau kecil berdekatan iaitu kira-kira dua kilometer dari kawasan perahu tersebut karam,” kata Siti lagi.

Menurutnya, sekitar jam 8 hingga 9 pagi semalam, penduduk kampung telah menemui beg, perahu dan enjin serta tangki minyak antara 500 dan 600 meter dari resort berdekatan.

“Selain itu, penduduk kampung turut menjumpai beg dipercayai milik mangsa yang hilang (Yustinus) berdekatan dengan perahu tersebut,” katanya.

Operasi SAR kedua-dua lelaki warga Indonesia tersebut semalam ditangguh sekitar jam 6 petang dan akan disambung semula hari ini.

 ??  ?? DIJUMPAI: Pendayung milik mangsa perahu karam yang ditemui petang kelmarin.
DIJUMPAI: Pendayung milik mangsa perahu karam yang ditemui petang kelmarin.
 ??  ?? MEMULAKAN OPERASI: Pasukan SAR memulakan operasi di sekitar pulau kecil di Empangan Batang Ai.
MEMULAKAN OPERASI: Pasukan SAR memulakan operasi di sekitar pulau kecil di Empangan Batang Ai.
 ??  ?? TURUT TERSELAMAT: James (kanan) selaku jurumudi perahu dan Elisther juga terselamat.
TURUT TERSELAMAT: James (kanan) selaku jurumudi perahu dan Elisther juga terselamat.
 ??  ?? TERSELAMAT: Aris, warga Indonesia yang terselamat dalam insiden itu.
TERSELAMAT: Aris, warga Indonesia yang terselamat dalam insiden itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia