Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS TOLAK UNSUR JENAYAH TUJUH MESIN BANK TERBAKAR

-

MIRI: Polis menolak sebarang kemungkina­n terdapatny­a unsur jenayah dalam kejadian kebakaran melibatkan enam mesin sebuah bank di Jalan Indica Tebingan Miri di sini, awal pagi semalam.

Kejadian itu memusnahka­n tiga mesin juruwang automatik (ATM), tiga mesin deposit tunai (CDM) dan sebuah mesin deposit cek milik bank itu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata siasatan mendapati kebakaran berlaku pada kira-kira jam 2.20 pagi itu bermula dari mesin ATM.

“Polis menerima maklumat mengenai kebakaran tersebut pada kira-kira jam 3.45 pagi dan apabila sampai di tempat kejadian mendapati kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba.

“Kes ini kemudianny­a disiasat sebagai laporan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada kirakira jam 2.28 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan ruang terletakny­a mesin ATM dan CDM bank terbabit yang hangus sehingga 90 peratus.

“Anggota bomba hadir menjalanka­n operasi memadamkan kebakaran sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Law berkata kebakaran awal pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan.

“Kebakaran tersebut dikawal tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri diketuai Pegawai Bomba (PB) Azizul berserta sebuah jentera FRT dan dua anggota dengan kenderaan EMRS.

“Turut berada di lokasi untuk memantau adalah Pegawai Operasi Zon 6 Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zulbada Alior dan dua anggota polis,” katanya.

 ??  ?? SIASAT: Pegawai penyiasat bomba menjalanka­n siasatan punca kebakaran tersebut.
SIASAT: Pegawai penyiasat bomba menjalanka­n siasatan punca kebakaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia