Utusan Borneo (Sarawak)

MANFAAT BAKAT BELIA

Kembang bakat jana pendapatan, hindari bahaya dadah.

- BERITA DI MUKA

MUKAH: Generasi baharu harus pandai merebut peluang dan memainkan peranan dalam pembanguna­n fasa seterusnya di negeri ini terutama menjelang 2030.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, masa getir berdepan 2030 bakal tiba dengan gaya pembanguna­n jauh lebih berbeza daripada sekarang.

“Pelajar masa kini harus bersiap sedia dengan perubahan dan perlu lebih berazam serta bercita-cita tinggi untuk menghadapi perubahan setelah 2030 tiba nanti,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah semalam.

Menurutnya, perubahan lanskap pembanguna­n serta ekonomi negeri tidak dapat dielak demi terus mencapai kelangsung­an dan kesejahter­aan secara total.

Apa sedang berlaku sekarang katanya sebenarnya sangat berbeza melalui perkembang­an pembanguna­n ekonomi yang dijangkaka­n.

“Percayalah, negeri ini punya sumber dan potensi lebih besar daripada disangka, ini perlu kita urus dengan baik,” jelasnya lagi.

Terdapat beberapa kekangan mungkin menjadi cabaran membangunk­an negeri setelah 2030 seperti kekangan tenaga kerja kerana Sarawak turut mengalami kekurangan populasi penduduk.

“Tenaga kerja tidak akan dapat menampung peluang pekerjaan bakal ada walaupun diisi oleh anak Sarawak sepenuhnya,” ujar beliau.

Pada ketika itu, kata Tun Taib, negeri ini amat memerlukan tenaga kerja daripada luar untuk memenuhi ke- hendak pertumbuha­n ekonomi lima atau enam peratus secara tahunan.

Justeru, generasi sekarang harus mempunyai akal fikiran lebih luas dan terbuka serta mempunyai persediaan secukupnya menghadapi semua itu.

Turut hadir adalah Menteri Muda Kemudahan Awam ( Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan Pengetua MRSM Mukah Zuraida Zaidi.

Seramai 115 pelajar Tingkatan Lima MRSM Mukah dianugerah­kan Sijil Pendidikan MRSM pada majlis berkenaan.

Tiga anugerah khas turut diberikan masing- masing kepada tiga pelajar cemerlang akademik, kokurikulu­m juga kedua- dua bidang secara keseluruha­n.

Pelajar masa kini harus bersiap sedia dengan perubahan dan perlu lebih berazam serta bercita-cita tinggi untuk menghadapi perubahan setelah 2030 tiba nanti. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an anugerah kepada adik Eunice Johney selepas dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruha­n 2017 disaksikan bapa dan ibunya.
TAHNIAH: Tun Taib menyampaik­an anugerah kepada adik Eunice Johney selepas dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruha­n 2017 disaksikan bapa dan ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia