Utusan Borneo (Sarawak)

SUSPEK CURI TURUT MILIKI SENAPANG

-

KUCHING: Tiga lelaki ditahan pagi kelmarin kerana disyaki terlibat kes curi motosikal turut didapati memiliki selaras senapang angin.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai, ketiga-tiga suspek berusia 15, 26 dan 30 tahun itu ditangkap di kawasan Demak Laut di sini oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sekitar jam 11.45 pagi.

Difahamkan, hasil tangkapan ketiga-tiga suspek turut membawa kepada penemuan sebuah motosikal yang pernah dilaporkan hilang pada 16 Oktober lalu.

“Selain itu, kita turut merampas satu rangka motosikal, topi keledar dan selaras senapang angin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kesemua suspek kemudian dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

“Dua daripada suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian awal urin juga mendapati mereka positif dadah jenis Methamphet­amine,” kata Abang Ahmad.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara itu di Serian, seorang lelaki ditahan selepas didakwa cuba memeras ugut seorang wanita ketika sedang menunggu bas berdekatan Kampung Sungai Barie, kelmarin.

Menurut jurucakap IPD Serian, suspek berusia sekitar 20-an itu ditahan oleh orang awam yang melalui kawasan apabila melihat seorang wanita melambai meminta pertolonga­n sekitar jam 1.30 petang.

“Melihat insiden itu, seorang lelaki memberhent­ikan kenderaann­ya dan menahan suspek bersama beberapa penduduk kampung sebelum menyerahka­nnya kepada pihak polis ,” katanya.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

 ??  ?? TANGKAP: Ketiga-tiga suspek ditahan di IPD Kuching untuk siasatan lanjut.
TANGKAP: Ketiga-tiga suspek ditahan di IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia