Utusan Borneo (Sarawak)

SMK SEDAYA LUBUK LAHIR CENDEKIAWA­N TEMPATAN

- Oleh Frankie Junau

SMK Sedaya, Kanowit terletak di KM72, Jalan Nibong Tada dan merupakan sekolah paling tua di wilayah tengah Sibu.

Sekolah ini dibuka pada 26 April 1958 yang sebelumnya dikenali sebagai Kanowit Rural Improvemen­t School.

Di peringkat awal penubuhann­ya, ia berfungsi sebagai tempat memberi latihan dalam bidang pertanian khusus kepada belia Bumiputera supaya mereka menjadi petani yang berjaya.

Pada 22 Jun 1971, Ketua Menteri Sarawak ketika itu Datuk Abdul Rahman Ya’akub telah mengumumka­n dengan rasminya pertukaran nama sekolah ini kepada Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Rahman Ya’akub, Kanowit.

Ketua Menteri itu sekali lagi melawat sekolah ini pada 5 Mei 1972 ketika merasmikan temasya Sukan Tahunan Sekolah dan mencadangk­an bahawa ‘SEDAYA’ boleh digunakan sebagai nama singkatann­ya.

Sekolah yang penuh dengan nostalgia itu telah melahirkan banyak cendekiawa­n tempatan antaranya pemimpin politik, ahli perniagaan, jurutera, doktor malah penjawat awam di peringkat negeri dan persekutua­n.

Seiring dengan peredaran zaman, sekolah SEDAYA telah berpindah ke lokasi baharu yang berdekatan jalan raya pada 30 Oktober 2012.

Ketika ini, sekolah tersebut mempunyai kira-kira 52 guru, 16 staf sokongan serta 710 pelajar yang terdiri daripada 445 pelajar asrama dan selebihnya murid harian.

Baru-baru ini, sekolah tersebut telah mengadakan ceramah motivasi kepada pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Sementara itu, pengetua Etam Linggi berkata mereka menjemput dua bekas pelajar sekolah itu yang sudah berjaya dalam bidang diceburi untuk memberi suntikan semangat dan inspirasi kepada pelajar sekolah.

“Pihak sekolah telah menjemput penceramah yang tidak asing lagi iaitu Dr Charlie Dudang yang antara lain memberi tip untuk berjaya bukan sahaja di bidang akademik malah kerjaya,” katanya.

“Kami juga menjemput bekas pengetua sekolah iaitu William Baja Jap untuk sama-sama memberi ceramah tentang rahsia kejayaan beliau sebelum ini,” ujarnya dan menambah William pernah berkhidmat di sekolah ini selama lapan tahun dan kini menceburi bidang usahawan dan penceramah bertauliah.

Etam berkata, ceramah motivasi itu mendapat sambutan pelajar dan berharap agar ceramah sama dapat diadakan pada tahuntahun mendatang.

Dalam pada itu, William selaku Pengerusi Kelab Komuniti Kanowit (KCCK) dan Dr Charlie selaku Ketua AJK (Bureu) Pendidikan menegaskan bahawa siri ceramah motivasi seperti itu adalah sebahagian daripada objektif penubuhan KCCK selain menubuhkan koperasi untuk mendapatka­n dana untuk para ahlinya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERMULA: Etam ( kiri) bersama Dr Charlie (tengah) dan William membuat persediaan sebelum bermulanya sesi motivasi di SMK Sedaya, baru-baru ini.
BERMULA: Etam ( kiri) bersama Dr Charlie (tengah) dan William membuat persediaan sebelum bermulanya sesi motivasi di SMK Sedaya, baru-baru ini.
 ??  ?? KHUSYUK: Sebahagian daripada pelajar yang menyertai sesi motivasi anjuran SMK Sedaya dan dijayakan oleh Dr Charlie dan William, baru-baru ini.
KHUSYUK: Sebahagian daripada pelajar yang menyertai sesi motivasi anjuran SMK Sedaya dan dijayakan oleh Dr Charlie dan William, baru-baru ini.
 ??  ?? BERKONGSI IDEA: Dr Charlie menyampaik­an ceramah motivasiny­a di hadapan ratusan pelajar di SMK Sedaya, baru-baru ini.
BERKONGSI IDEA: Dr Charlie menyampaik­an ceramah motivasiny­a di hadapan ratusan pelajar di SMK Sedaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia