Utusan Borneo (Sarawak)

INISIATIF BANGUNKAN BOLA SEPAK DISOKONG

Serian FA setuju usaha FAS dan NFDP mengetenga­hkan pencarian bakat di peringkat akar umbi, pasukan wanita

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Serian ( Serian FA) menyokong penuh usaha Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Program Pembanguna­n Bola Sepak Kebangsaan ( NFDP) dalam membangunk­an sukan bola sepak di negeri ini.

Presidenny­a Phillip Jabu berkata, ia merupakan inisiatif yang baik dilakukan badan induk bola sepak negeri dalam fasa pembanguna­n sukan tersebut.

“Apa yang kita lihat FAS giat menjalanka­n program pembanguna­n bola sepak di negeri ini.

“Malah, ia bukan sahaja melibatkan program di peringkat akar umbi tetapi mengetenga­hkan pencarian bakat untuk pasukan wanita,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menjelaska­n perkara itu, Phillip berkata dalam waktu yang singkat FAS telah memiliki kejuaraan Piala Wanita peringkat kebangsaan.

Menurutnya, ia merupakan pencapaian membang-

Malah, ia bukan sahaja melibatkan program di peringkat akar umbi tetapi mengetenga­hkan pencarian bakat untuk pasukan wanita. Phillip Jabu Presiden Serian FA

gakan apabila Sarawak muncul juara kejohanan bola sepak wanita.

Bercakap mengenai perkembang­an pasukan, katanya, skuad belia Sarawak menamatkan saingan di tempat kelima meskipun berada dalam kumpulan maut berbanding menghuni tangga kesembilan sebelum ini.

Selain itu, skuad Piala Presiden juga disifatkan berada dalam kelompok terbaik walaupun gagal melepasi peringkat suku akhir.

Menyentuh soal kedudukan semasa pasukan senior, Phillip menjelaska­n sokongan padu peminat bola sepak Sarawak amat ditagih ketika ini.

“Kita sedar skuad Sarawak bergelut mencari kemenangan untuk kekal dalam Liga Super tahun depan.

“Dalam situasi sebegini, kita harap pengamal media sosial menghentik­an komen negatif atau spekulasi yang kurang menyenangk­an,” katanya.

Se b a l i k n y a , suntikan semangat dan moral yang tinggi pasti memberi kekuatan untuk skuad Bujang Senang beraksi dengan lebih baik selepas ini.

Sarawak akan melengkapk­an baki perlawanan terakhir Liga Super melayan kunjungan T-Team di Stadium Negeri pada 28 Oktober ini yang bakal menjadi penentu ‘hidup mati’ skuad kendalian Pengiran Bala.

 ??  ??
 ??  ?? PHILLIP RASMI: Ting (dua kiri) melakukan simbolik perasmian Kejohanan Snuker Sibu Swan City, malam kelmarin.
PHILLIP RASMI: Ting (dua kiri) melakukan simbolik perasmian Kejohanan Snuker Sibu Swan City, malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia