Utusan Borneo (Sarawak)

72 maut serangan bom nekad di dua masjid di Afghanista­n

-

KABUL: Beberapa pengebom nekad telah menyerang dua masjid di Afghanista­n kelmarin, mengorbank­an sekurang- kurangnya 72 orang termasuk kanakkanak, menurut beberapa pegawai dan saksi.

Seorang pengebom telah berjalan masuk ke dalam sebuah masjid Islam Syiah di bandar utama Kabul ketika orang ramai bersembahy­ang pada malam Jumaat dan meletupkan satu bahan letupan, menurut salah seorang daripada penganut di sana, Mahmood Shah Husaini.

Sekurang- kurangnya 39 orang telah meninggal dunia dalam letupan di masjid Imam Zaman di barat bandar daerah Dasht-e- Barchi, jurucakap kementeria­n dalam negeri Najib Danish berkata.

Pihak Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan, namun satu kenyataan dari kumpulan tidak memberikan bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Pihak Islam Syiah telah mengalami satu siri serangan di Afghanista­n sejak beberapa bulan ini, kebanyakan­nya telah diakui oleh militan Islam Sunnah IS.

Dalam kejadian berasingan, satu pengeboman nekad telah membunuh sekurang- kurangnya 33 orang di sebuah masjid di tengah wilayah Ghor, menurut seorang jurucakap polis.

Serangan kelihatan sebagai menyasarka­n seorang pemimpin tempatan dari parti politik Jamiat, menurut satu kenyataan daripada gabenor wilayah Balkh Atta Mohammad Noor, seorang pemimpin terkenal dalam Jamiat.

Tiada sesiapa yang segera mengaku bertanggun­gjawab. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TIADA KESUDAHAN: Kaum lelaki Afghanista­n memeriksa di dalam masjid Muslim Shi’ite selepas serangan pada malam Jumaat di Kabul, Afghanista­n semalam.
— Gambar Reuters TIADA KESUDAHAN: Kaum lelaki Afghanista­n memeriksa di dalam masjid Muslim Shi’ite selepas serangan pada malam Jumaat di Kabul, Afghanista­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia