Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada bayangan tarikh PRU14

Pemukiman di KL hanya taklimat hadapi PRU14: Masing

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Tiada bayangan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disentuh semasa Pemukiman Jentera Barisan Nasional ( BN) PRU14 yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Perkara itu didedah beberapa pemimpin parti komponen BN negeri yang turut menghadiri program dirasmi Perdana Menteri juga Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, mereka hanya diberi taklimat mengenai bagaimana BN perlu menangani dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kami hanya diberi taklimat mengenai perkara itu sebelum berlangsun­gnya pilihan raya sahaja dan tiada bayangan (tarikh PRU) disentuh.

“Bagi kita di Sarawak, kita sentiasa berada dalam kead-

Bagi kita di Sarawak, kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga menghadapi dua pilihan raya iaitu PRU dan PRN, yang mana baharu sahaja kita jalan.

aan siap siaga menghadapi dua pilihan raya iaitu PRU dan PRN, yang mana baharu sahaja kita jalan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, Sarawak sentiasa berada dalam siap sedia menghadapi pilihan raya berbanding Semenanjun­g yang perlu lebih bersedia.

“Di Sarawak selepas PRN diadakan, kita akan mengadakan PRU dan kehangatan persediaan itu masih ada,” tegasnya.

Selain Masing Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Anthony Nogeh Gumbek menyatakan perkara yang sama bahawa mereka hanya diberi taklimat mengenai persediaan menghadapi PRU14.

“Ia hanya taklimat berkenaan dengan persediaan PRU14 dan tiada tarikh diberikan ( tarikh PRU),” katanya ringkas.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, “Hanya mengenai persiapan jentera parti untuk PRU14.”

Sementara itu berhubung isu lain, Masing menyatakan rasa tidak senang hati beliau dengan kain rentang pentas yang hanya memaparkan pemimpin tertinggi UMNO sahaja.

Beliau menegaskan ia seolah-olah memberi pandangan bahawa ia hanya berkisarka­n kepada UMNO (UMNO centric) dan tiada presiden parti komponen BN lain.

Tambahnya, taklimat yang diberikan juga hanya oleh pegawai UMNO mengenai jentera untuk PRU14 dan keseluruha­n program cenderung ke arah UMNO.

“Ini mewujudkan rasa tidak senang hati pada kami. UMNO seharusnya inklusif dengan mengambil kira bahawa BN masih ada komponen lain yang perlu dilihat.

“Bagi pihak saya, saya sendiri sememangny­a tidak senang hati dengan bahan kain rentang pentas digunakan itu yang seolah-olah memberi pandangan bahawa ia hanya berkisarka­n kepada UMNO (UMNO centric),” katanya.

Dimaklumka­n pada program itu Perdana Menteri juga Pengerusi BN Pusat turut berucap sempena merasmikan Pemukiman yang diadakan itu.

Tan Sri Datuk Amar James Masing Presiden PRS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia