Utusan Borneo (Sarawak)

Belia dinasihat guna bakat untuk jana pendapatan diri

-

KUCHING: Golongan belia di negeri ini dinasihat supaya menggunaka­n bakat dalam apa juga bidang mereka minati bagi menjana pendapatan diri dan keluarga.

Mengambil contoh bidang pemotoran Menteri Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, belia terlibat permotoran sering dikait dengan aktiviti tidak berfaedah seperti dadah.

Sehubungan itu, belia harus melihat bidang atau aktiviti ini dari sudut positif dengan menjadikan bakat serta minat dalam bidang ini sebagai satu perniagaan.

“Kita mempunyai insti- tusi seperti GIATMARA yang boleh membantu belia mengembang bakat dalam bidang pemotoran atau lain bidang kepada satu perniagaan.

“Sebagai contoh mereka pakar dalam bidang motomotif, boleh membuka perniagaan motomotif atau lain- lain bidang mereka minati serta berpotensi dimaju.

“Yang paling penting, saya mahu melihat belia kita berjaya tanpa terlibat dengan dadah,” katanya pada Majlis Pelancaran Program ‘Break Off’ di MetroCity, Matang dekat sini semalam.

Program tersebut merupakan anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak di bawah Kempen # Perangi Dadah HabisHabis­an (PDH) yang telah dilancarka­n pada 2016 di Lawas.

Mengulas mengenai program itu, Fadillah juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata meskipun santai namun program ini membawa makna besar kepada masyarakat terutama para belia.

Justeru beliau berharap program ini akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk pemimpin masyarakat bagi mencapai hasrat kerajaan untuk memerangi dadah habis-habisan.

Dalam pada itu, program itu semalam berlangsun­g dari jam 6.30 pagi hingga 5.00 petang dan disertai oleh para belia dari sekitar bandaraya ini termasuk komuniti setempat.

Pelbagai aktviti diadakan sepanjang berlangsun­gnya program itu semalam seperti, Fun Run, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, Street Soccer, Sepak Takraw, pertanding­an papan luncur dan banyak lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah AADK Sarawak, Kartina Ujin, serta yang lain.

 ??  ?? MESRA BELIA: Fadillah merakamkan gambar bersama para belia dan peserta bagi Program ‘Break Off’ di MetroCity, Matang di Kuching semalam.
MESRA BELIA: Fadillah merakamkan gambar bersama para belia dan peserta bagi Program ‘Break Off’ di MetroCity, Matang di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia