Utusan Borneo (Sarawak)

Saratok berpotensi besar jadi pusat hab agro penting

-

SARATOK: Parlimen P.205 Saratok mempunyai potensi amat besar untuk berkembang maju menjadi sebuah pusat hab agro yang terpenting di negeri.

Pelobi Parlimen P.205 Saratok, Basil Thomas berkata, kelebihan yang ada masa kini, iaitu perkembang­an sektor pertanian yang sedang bergerak mampan di kawasan Parlimen Saratok, ia dijangka mampu membawa banyak impak positif kepada semua pihak dan rakyat Saratok.

“Perkembang­an sektor pertanian seperti kelapa sawit, getah, lada dan komoditi lain di kawasan ini telah banyak membawa perubahan kepada pembanguna­n ekonomi bagi masyarakat di sini.

“Lantaran itu, usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggerakk­an Transforma­si Nasional 2050 (TN50) adalah satu plan pembanguna­n strategik, khusus bagi masyarakat kawasan luar bandar berkembang dan membangun bersama melalui pelbagai usaha dan pelan dirancang kerajaan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Basil merupakan seorang pelobi calon Parti Demokratik Prograsif (PDP) yang sedang bergerak aktif melobi sebagai calon di Parlimen P.205 Saratok bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan bergerak aktif bertemu masyarakat di peringkat akar umbi di kawasan ini sejak dari bulan Oktober 2015 lalu.

Menurut Basil, dalam tempoh tersebut hampir semua lokasi dan kawasan penduduk di Parlimen Saratok terdiri daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dikunjungi dan dilawati.

“Untuk kawasan DUN Krian, hampir 80 peratus kawasan rumah panjang dan kampung dilawati, manakala bagi DUN Kalaka dan Kabong pula, kita anggarkan 90 peratus turut dikunjungi.

“Berdasarka­n pelan dan perancanga­n kita pada masa kini, baki lain kawasan belum kita kunjungi itu akan kita usahakan dalam tempoh terdekat ini.

“Melalui program lawatan seumpama ini, kita telah mengumpul segala bentuk maklumat dan informasi daripada masyarakat di peringkat akar umbi terutama mengenai masalah dan keperluan,” katanya.

Beliau berkata, dengan cara seperti ini, kita berusaha membawa masyarakat peringkat akar umbi berada lebih dekat agar kerjasama dan kesefahama­n dengan semua perkara dapat digerak serta dicapai bersama.

Mengulas mengenai kemudahan infrastruk­tur terdapat di Parlimen Saratok, Basil berkata, kini hampir semua tempat di kawasan berkenaan mempunyai akses kemudahan jalan raya, bekalan elektik dan air yang serba lengkap.

Kini katanya, hanya terdapat beberapa tempat yang masih belum mempunyai kemudahan infrstrukt­ur lengkap, dan jika kita diberi peluang menjadi pemimpin di kawasan ini nanti, kita berjanji akan memastikan kemudahan seumpama ini menjadi keutamaan dalam perjuangan kita.

Pada masa ysama juga, katanya, beliau mahu masyarakat kawasan luar bandar amnya, lebih matang mengenai politik dan tidak mahu berpecah belah kerana fahaman politik berbeza.

“Di setiap amanat kita sampaikan kepada masyarakat, kita kerap kali maklum dan nasihat supaya mereka tidak berpuak-puak dan berselisih faham kerana politik.

“Harapan kita, kini adalah untuk menyatupad­ukan masyarakat di bawah satu bumbung dan bersikap matang melalui agenda politik,” katanya.

Tambah Basil lagi, usaha juga turut membuktika­n tentang kesungguha­n beliau sebagai anak jati dari Parlimen Saratok yang bersedia untuk mengalas tanggungja­wab di kawasan ini jika diberikan peluang dan sokongan padu dari masyarakat.

 ??  ?? BERJIWA KENTAL: Basil merupakan pelobi yang sedang bergerak aktif di Parlimen Saratok sejak 2015.
BERJIWA KENTAL: Basil merupakan pelobi yang sedang bergerak aktif di Parlimen Saratok sejak 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia