Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PBB tiga cawangan Santubong mahu Wan Junaidi dikekal pada PRU14

-

KUCHING: Pimpinan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) dari tiga cawangan dalam kawasan Parlimen P.193 Santubong mahu Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Sokongan tersebut dinyatakan oleh ketiga- tiga ketua wanita PBB dari tiga cawangan tersebut iaitu N.3 Tanjong Datu, N.4 Pantai Damai dan N.5 Demak Laut mewakili ahli serta rakyat di kawasan masing-masing.

Menurut Ketua Wanita PBB N.3 Tanjong Datu Kr Fatimah Abdullah, satu mesyuarat tertutup telah diadakan baru- baru ini dan sebulat suara menyokong Wan Junaidi sebagai calon bagi kerusi Parlimen Santubong.

“Banyak sumbangan dalam bentuk geran yang telah disumbangk­an oleh Wan Junaidi bukan sahaja di Tanjong Datu ini tetapi juga Pantai Damai dan Demak Laut.

“Jadi, kami berharap pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengekalka­n Wan Junaidi sebagai calon kami di Santubong pada PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa,” katanya pada majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Wanita PBB N.4 Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman yang juga pengerusi pengelola majlis pada malam itu turut mahu Wan Junaidi dikekalkan sebagai calon mereka.

Katanya, rakyat di Santubong masih memerlukan kepimpinan Wan Junaidi sebagai Ahli Parlimen mereka dan berharap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu akan terus menyumbang kepada Santubong.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Hamzah Wan Paie yang hadir mewakili menteri serta penyandang kerusi tersebut pada majlis itu berkata, bukan sahaja pimpinan wanita tetapi seluruh akar umbi masih mahukan Wan Junaidi.

“Saya telah berkhidmat di bawah beliau bermula sebagai Ahli Parlimen biasa sehingga dilantik sebagai menteri pe- nuh bagi Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Sepanjang tempoh itu saya telah melihat bagaimana gigihnya beliau bekerja dan saya sendiri tidak dapat menafikan semangat beliau lebih daripada mereka yang jauh lebih muda dari beliau.

“Saya yakin pada PRU14 nanti, beliau akan dapat mempertaha­nkan kerusi Santubong ini dengan majoriti lebih besar,” katanya di hadapan pimpinan wanita PBB dari tiga cawangan dalam parlimen tersebut.

 ??  ?? SOKONG WAN JUNAIDI: Wan Hamzah beramah mesra dengan pimpinan wanita PBB dari tiga cawangan dalam Parlimen Santubong pada majlis makan malam di Kuching kelmarin.
SOKONG WAN JUNAIDI: Wan Hamzah beramah mesra dengan pimpinan wanita PBB dari tiga cawangan dalam Parlimen Santubong pada majlis makan malam di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia