Utusan Borneo (Sarawak)

USKCS keluar tujuh dalil kekal Entulu di Selangau

-

SIBU: Urus Setia Saudara Kita Cawangan Sekuau (USKCS) mengeluark­an tujuh dalil (sebab) Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun harus dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusin­ya Mohd Ali Abdullah berkata, ia juga sebagai sokongan terhadap kenyataan dikeluarka­n ketigatiga jawatankua­sa Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tamin iaitu jawatankua­sa Induk, Wanita dan Pemuda pada Jumaat lalu.

“Pertama, Entulu telah mendapat mandat besar pada PRU13 yang lalu, di mana beliau memperoleh 12,040 undi berbanding lawannya , Joshua Jabeng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu hanya 3,891 undi.

“Ini membuktika­n bahawa rakyat kawasan ini memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada beliau, lebih-lebih lagi komuniti Urus Setia Saudara Kita Cawangan Sekuau,” katanya dalam satu kenyataan media yang diberikan kelmarin.

Seterusnya, beliau menyatakan bahawa Entulu adalah pemimpin berjiwa rakyat dan mudah untuk didekati oleh masyarakat setempat.

Di samping itu, katanya, Entulu juga mempunyai perancanga­n jangka masa panjang bagi membangunk­an kawasan.

“Malah, beliau seorang menteri mempunyai visi dan wawasan rasional, mempunyai hubungan baik dengan manamana menteri persekutua­n serta pemimpin negeri.

“Secara tidak langsung dapat membawa perubahan dari sosio ekonomi, budaya dan pembanguna­n di kawasan beliau (Selangau),” tambahnya lagi.

Selain itu, USKCS juga turut beranggapa­n bahawa Entulu seorang pemimpin tidak pilih kasih dan setiap masalah rakyat diselesai penuh berhemah tanpa mengira latar belakang rakyatnya.

Ali juga berkata, setiap tahun, Entulu menyumbang bantuan pada setiap perayaan seperti menyumbang beberapa ekor lembu untuk dikorban pada Hari Raya Korban sebagai tanda keprihatin­an beliau kepada komuniti Islam di dalam kawasannya.

“Perkhidmat­an beliau sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat pada masa ini untuk meneruskan agenda pembanguna­n di sini.

“Dan, apa lebih penting, beliau merupakan calon yang boleh menang jika dicalonkan semula” ujar Ali.

Justeru, Ali mewakili komuniti USKCS berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu akan dicalonkan semula pada PRU14 nanti.

Sementara itu, pada Jumaat lalu ketiga-tiga sayap PRS Bahagian Tamin terdiri daripada Jawatankua­sa Induk Wanita dan Pemuda sebulat suara mahu Ahli Parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketiga-tiga sayap itu juga menyatakan bahawa tidak mahu sebarang muka baharu bagi menggantik­an Entulu yang juga timbalan presiden PRS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia