Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Pujut lancar visi Harapan Miri

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu (UPP) cawangan Pujut melancarka­n visi MYY HOPE (Harapan Miri) yang menyuaraka­n idea dan maklum balas daripada rakyat demi masa depan bandaraya Miri.

Pengerusi, Bruce Chai berkata, visi melibatkan tiga aspek utama iaitu ekonomi, sosial politik dan pembanguna­n diperlu untuk kemajuan Miri secara menyeluruh.

“Kita perlu ada pelan induk kuat untuk Miri supaya tidak ketinggala­n di belakang kerana Sarawak bergerak menuju sebuah negeri maju, “tegas Bruce.

Mengulas lanjut, Bruce berkata, MYY HOPE mahu melihat pembanguna­n Miri berada di landasan betul seiring kehendak pembanguna­n moden sekarang.

Ia termasuk memperbaha­rui ekonomi, memastikan pembanguna­n infrastruk­tur berterusan dan menetapkan polisi yang melindungi keunikan Sarawak.

“Idea dan harapan visi MYY HOPE bukan untuk menentang visi kerajaan negeri menjadikan Miri sebagai bandaraya peranginan, tetapi menjana keupayaan dan potensinya untuk mencapai visi tersebut, ‘ jelas beliau.

Idea MYY HOPE boleh dijadikan panduan kepada pemimpin sekarang dan baharu mengatur perancanga­n pembanguna­n untuk masa depan Miri.

Untuk mencapai negeri maju, Miri perlu menyumbang dari segi pembanguna­n sosial dan ekonomi yang turut memerlukan kerjasama dari kerajaan negeri dan pusat.

Antara harapan penduduk Miri ialah menambah pusat pendidikan termasuk menubuhkan universiti bertaraf antarabang­sa kedua, memfokus pembanguna­n ICT dan institusi pengajian industri minyak dan gas untuk keperluan tenaga kerja mahir industri tersebut.

“Kita juga berharap agar ibu pejabat syarikat Petroleum Sarawak ( PETROS) ditubuhkan di Miri kerana Miri telah lama sebagai pusat pengeluara­n minyak untuk Petronas, Shell dan syarikat multinasio­nal antarabang­sa minyak dan gas yang melatih ramai profesiona­l untuk keperluan industri dan PETROS,’ jelas Bruce.

Sehubungan pelancaran MYY HOPE, UPP Pujut akan menganjurk­an tiga siri lawatan `Future of Miri’ (Masa Depan Miri) iaitu program turun padang mendapat idea dan maklum balas dari penduduk Miri.

UPP sebelum ini telah mengadakan sesi pertemuan dikendalik­an Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) di lokasiloka­si kunjungan umum di sini khasnya di DUN Pujut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia