Utusan Borneo (Sarawak)

Projek ‘Global Week of Service’ inspirasi Hotel Hilton perkaya hidup masyarakat

-

KUCHING: Projek ‘Global Week of Service’ merupakan inspirasi Hotel Hilton untuk membantu memperkaya kehidupan masyarakat setempat di seluruh dunia.

Menurut Pengurus Besar Hotel Hilton Kuching Hamish Watts disebabkan itu, pihaknya mengadakan pelbagai projek yang membantu golongan muda untuk menimba pendidikan, kemahiran dan sebagainya.

“Hari ini (semalam) kita mempunyai seramai 30 sukarelawa­n yang akan membantu lebih 47 peserta berumur lapan hingga 17 tahun untuk mengetahui lebih mendalam tentang pengurusan hospitalit­i.

“Program separuh hari ini juga adalah usaha kami untuk merekrut seramai satu juta golongan muda menjelang 2019,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Global Week of Service’ Hotel Hilton 2017 di sini semalam.

Hamish berkata, program pendidikan, kemahiran, sukan dan kehidupan berterusan bagi masyarakat dan komuniti ini akan menjadi teras kepada golongan muda memimpin negara suatu hari nanti.

Selain itu, katanya, Hotel Hilton meneruskan tradisi hampir 100 tahun hotel berkenaan pada tahun lepas dengan memberi balik kepada komuniti apabila membina sebuah taman serbaguna untuk penghuni Hospital Sentosa.

Projek tersebut dilaksanak­an pada November 2016 dan dijangka dapat memanfaatk­an penghuni untuk melakukan aktiviti kercergasa­n dan bercucuk tanam untuk tempoh yang lama.

Golongan belia yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka dalam pengurusan perniagaan hospitalit­i juga digalak untuk melayari Thrive @ Hilton.

Para sukarelawa­n yang menyertai projek ‘Global Week of Service’ terdiri daripada pelbagai profesiona­l dari semua lapisan masyarakat berkongsi pengalaman dan pengetahua­n masing-masing.

 ??  ?? AKTIVITI MURNI: Hamish (tengah depan) bersama para sukarelawa­n dan peserta projek ‘Global Week of Service’ Hotel Hilton 2017 di Kuching, semalam.
AKTIVITI MURNI: Hamish (tengah depan) bersama para sukarelawa­n dan peserta projek ‘Global Week of Service’ Hotel Hilton 2017 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia