Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu jalan perniagaan seiring cita rasa masyarakat

-

KUCHING: Belia negeri ini perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menjalanka­n perniagaan seiring dengan peredaran semasa dan cita rasa masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) R.Affendi Razali berkata, sehubungan itu golongan terbabit disaran untuk melibatkan diri dalam perniagaan trak makanan yang kini semakin menjadi trend.

“Kita tidak boleh lagi menggunaka­n kaedah konvension­al sekiranya mahu bersaing dengan usahawan lain. Untuk itu, golongan belia serta usahawan muda perlu mencari idea-idea baharu dan segar bagi memastikan perniagaan mereka bertahan lama.

“Salah satunya adalah dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan trak makanan yang dianggap boleh menjana pendapatan tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada peras- mian majlis Program ‘Business On Truck’ Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di Medan Niaga Satok di sini, se- malam. Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak Paza Dan.

Sebanyak 10 trak makanan menjual pelbagai juadah makanan dan produk menyertai program yang berlangsun­g selama dua hari hingga 22 Oktober ini.

Menurut R.Affendi, beliau menaruh harapan agar lebih ramai usahawan muda serta golongan belia menceburka­n diri dalam perniagaan itu memandangk­an ia tidak melibatkan kos terlalu besar.

“Malah, perniagaan ini membolehka­n kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain selain tidak memerlukan ruang yang luas untuk beroperasi, cukup sekadar petak letak kenderaan,” katanya.

Bercakap mengenai majlis terbabit, beliau berpuas hati secara keseluruha­n program semalam dapat direalisas­i dengan jayanya dan menjadi antara program yang memberi impak positif ke arah pembanguna­n belia cemerlang dalm bidang keusahawan­an.

“Ini kerana pelaksanaa­nya disifatkan memberi ruang dan peluang kepada usahawan belia untuk menonjolka­n bakat serta kebolehan dalam bidang kemahiran dan keusahawan­an,” katanya.

 ??  ?? LAWAT: R.Affendi bersama Paza melawat pameran trak makanan semasa program ‘Business On Truck’ Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.
LAWAT: R.Affendi bersama Paza melawat pameran trak makanan semasa program ‘Business On Truck’ Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia