Utusan Borneo (Sarawak)

Budaya inovasi pacu kuasa digital Sarawak: KM

Pastikan rakyat merasai nikmat pembanguna­n berlandask­an aspek ekonomi dan keadilan sosial jitu

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha memperkuku­h budaya inovasi akan memacu Sarawak menjadi kuasa digital dalam tempoh 10 atau 20 tahun.

Selain itu, katanya, pembudayaa­n inovasi dan kreativiti khususnya dalam perkhidmat­an awam akan memastikan rakyat merasai nikmat pembanguna­n berlandask­an aspek ekonomi dan keadilan sosial yang jitu.

“Dengan perkembang­an pesat ekonomi digital terdapat pelbagai peluang perniagaan dan cara untuk meningkatk­an pendapatan secara atas talian disediakan kerajaan,” ujarnya.

Dari situ, beliau berharap rakyat mengambil usaha dan inisiatif sendiri untuk merebut peluang-peluang dengan harapan dapat meringanka­n kos sara hidup mereka dan mengecapi kejayaan dalam perniagaan.

Perkara itu dijelaskan Abang Johari ketika merasmikan penutupan Konvensyen Kumpu-

Dengan perkembang­an pesat ekonomi digital terdapat pelbagai peluang perniagaan dan cara untuk meningkatk­an pendapatan secara atas talian disediakan kerajaan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

lan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sarawak malam kelmarin.

Beliau diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ketua Menteri yakin kepimpinan Setiausaha Kerajaan Sarawak yang dinamik, berpandang­an jauh dan komited, mampu mencetuska­n semangat penjawat awam untuk bersama mentransfo­rmasi Sarawak.

Ia sekali gus dapat meningkatk­an produktivi­ti kerja dan melaksanak­an tugas dengan penuh integriti dalam semua aspek, katanya.

“Kita harus bersedia berfikir di luar kotak kebiasaan bagi melakukan perubahan dan anjakan seterusnya, terutama dalam persekitar­an ekonomi digital berasaskan pengetahua­n yang amat kompetitif, sukar diramal dan dipengaruh­i oleh pelbagai faktor sentiasa berubah,” ujar beliau.

Mengulas tentang Konvesyen KIK, Abang Johari berkata tema ‘Inovasi Memacu Ekonomi Digital’ amat relevan dan signifikan dengan usaha kerajaan untuk mentransfo­rmasi ekonomi Sarawak menggunaka­n teknologi digital.

Inovasi memastikan Sarawak mampu melonjak daripada ekonomi konvension­al kepada ekonomi digital seperti negara maju lain yang beralih ke kaedah digital dalam pelbagai urusan, katanya.

Tema tersebut, tambahnya, memberi inspirasi untuk menjadikan warga perkhidmat­an awam lebih kreatif, inovatif, kompetitif dan produktif dalam pembudayaa­n organisasi cemerlang.

“Ini kerana hasil kerja yang kreatif dan inovatif bukan sahaja dapat dinikmati oleh organisasi tersebut malahan dapat dimanfaat untuk kepentinga­n perkhidmat­an awam dan impak kepada rakyat, amnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Kumpulan DID Kenyalang dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak Kuching memenangi Anugerah Inovasi Ketua Menteri untuk kategori Agensi Negeri menerusi projek ‘Intelligen­t Gauge’ (IG) iaitu sistem amaran awal banjir secara telemetrik untuk memantau aras air di kawasan berisiko banjir kilat.

Kategori Agensi Persekutua­n pula dimenangi Kumpulan IMISAR dari Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak Kuching menerusi projek MARS MIRROR iaitu inovasi penyelesai­an masalah kesukaran mengambil gambar secara ‘live capture’ semasa proses permohonan pasport bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.

Manakala, kategori Pejabat Residen dan Daerah dimenangi Kumpulan RES-Q5 Pejabat Residen Bahagian Limbang menerusi projek Aplikasi e-DR (Electronic Disaster Report) iaitu aplikasi pengantara agensi kerajaan dengan masyarakat dalam laporan awal bencana.

Kumpulan PEKA -X dari Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pula memenangi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk projek CAMOFLEC iaitu alat mengatasi masalah saluran paip kumbahan ciri-ciri teknologi kamera, pam air dan spring mudah lentur.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Gani dan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Dato Mansor Man.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah (tengah) bersama tetamu kehormat dan pemenang Anugerah Inovasi Ketua Menteri sempena majlis penutupan Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sarawak, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Uggah (tengah) bersama tetamu kehormat dan pemenang Anugerah Inovasi Ketua Menteri sempena majlis penutupan Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sarawak, malam kelmarin.
 ??  ?? BERBAKAT: Bruce (dua kiri) dan sukarelawa­n MAT semasa sesi di Café 2020 pusat komersial Pelita semalam.
BERBAKAT: Bruce (dua kiri) dan sukarelawa­n MAT semasa sesi di Café 2020 pusat komersial Pelita semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia