Utusan Borneo (Sarawak)

Sahut seruan capai pendapatan tinggi menjelang 2030: Dr Rayong

-

ENGKILILI: Rakyat terutama masyarakat luar bandar harus menyahut seruan kerajaan yang mahu setiap isi rumah berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata adalah misi dan visi kerajaan di bawah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyasar pendapatan rakyat terutama luar bandar sekurangku­rangnya RM4,000 sebulan.

“Justeru beliau mengarahka­n timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencari pelan terbaik meningkatk­an pendapatan isi rumah masyarakat luar bandar yakni membangunk­an tanah masing- masing.

“Ini kerana hanya dengan cara itu dapat menambah pendapatan seterusnya mengeluark­an masyarakat dari kepompong kemiskinan,” ujarnya.

Dr Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Infaq, Sedekah, Jariah/ Penyerahan CSR Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM) dan Penutupan Bengkel Fertigasi Cili di Dewan Kecil Engkilili di sini semalam.

Sehubungan itu, Dr Rayong berpendapa­t program anjuran AIM ini tepat pada masanya kerana selain menganjurk­an siri ceramah turut memberi pinjaman tanpa faedah kepada para ahli- ahlinya.

“Saya difahamkan pinja- man tersebut terbuka kepada semua orang dengan syarat harus menjadi ahli kelab SAHABAT AIM,” katanya sambil menambah sangat menyokong program demi manfaat bersama khusus dalam membantu kerajaan mencapai misi rakyat berpendapa­tan tinggi.

Bercakap lanjut, beliau mahu para peserta kursus serta masyarakat di luar sana dapat mengusahak­an tanah mengikut minat, kepakaran serta permintaan pasaran terhadap produk keluaran mereka.

“Paling utama ialah menjadikan bidang pertanian dan penternaka­n sebagai perniagaan dan menukar kaedah konvension­al kepada moden untuk tujuan eksport,” tegasnya.

Dr Rayong turut mencadangk­an setiap rumah panjang di konstituen­sinya menubuhkan Ahli Jawatankua­sa Mencari Wang sebagai jawapan mencari sumber kewangan di setiap kampung dan rumah panjang.

“Jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak kita dan setiap kejayaan itu bermula dari bawah,” katanya.

Terdahulu, seramai 15 orang daripada keluar- ga berpendapa­tan rendah menerima bantuan daripada pihak AIM yang akan diterima selama enam bulan.

Setakat ini, ahli AIM cawangan Engkilili seramai 300 orang daripada 11 cawangan dan program ini adalah julung kali diadakan di Engkilili selepas bahagian Betong baru- baru ini.

Pada majlis tersebut Dr Rayong turut menyampaik­an dana kepada KUSISA Engkilili berjumlah RM3,000 dan turut menjadi penaung AIM cawangan Engkilili dan Betong.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah KUSISA cawangan Engkilili Rosita Nyuap, Pengurus AIM cawangan Sri Aman Ahmad Mohamad, Pengurus Wilayah AIM Wilayah Sarawak Selatan Jemat Itu Bujang, Penolong Pegawai Pertanian Lubuk Antu/ Engkilili Jabu Saging, Pengerusi Persatuan TuaiTuai Rumah Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu, penghulu Nyambong Maweng, kaunselor, tuai- tuai rumah serta para peserta Bengkel Fertigasi Cili.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong melakukan simbolik perasmian program AIM dan penutupan bengkel Fetigasi Cili. Turut kelihatan ialah Ahmad (berdiri, enam kiri), Jemat (lapan kiri), Rosita, Nyambong, Jabu dan Johnson (berdiri, tiga kanan).
SIMBOLIK: Dr Rayong melakukan simbolik perasmian program AIM dan penutupan bengkel Fetigasi Cili. Turut kelihatan ialah Ahmad (berdiri, enam kiri), Jemat (lapan kiri), Rosita, Nyambong, Jabu dan Johnson (berdiri, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia