Utusan Borneo (Sarawak)

Peranan, tanggungja­wab anggota RELA makin mencabar: Jamilah

-

LUNDU: Peranan dan tanggungja­wab anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) semakin mencabar berbanding sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, sehubungan itu setiap anggota RELA perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n dan kemahiran untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Katanya, kerajaan akan sentiasa membantu memberi pelbagai kemudahan dan bantuan kepada RELA untuk menjadi jabatan sukarelawa­n yang hebat, kuat dan kebanggaan rakyat Malaysia.

“Saya berharap agar selepas kursus ini peserta kursus dapat memperting­katkan penampilan diri sebagai anggota RELA dan memperting­katkan disiplin semasa bertugas, kemas dalam berpakaian seragam,” katanya berucap Merasmikan Penutupan Kursus Asas RELA Siri 4/2017 di Kem BTN Sampadi, semalam.

Seramai 89 anggota RELA dari sembilan daerah iaitu Bau, Lundu, Asajaya, Kuching Selatan, Kuching Utara, Serian, Padawan dan Samarahan hadir pada kursus berlangsun­g dari 16 hingga 21 Oktober.

Jamilah berkata, kursus asas yang dijalankan mem- punyai Indeks Penunjuk Prestasi ( KPI) tersendiri iaitu mengadakan sebanyak 10 siri kursus asas di seluruh Sarawak.

Menurutnya, setiap siri kursus kuota peserta adalah seramai 100 orang dan bagi keseluruha­n siri, KPI adalah 1,000 orang.

“Sebelum menghadiri kursus asas ini, anggota RELA diwajibkan menghadiri kursus pengenalan terlebih dahulu di daerah sebagai syarat kelayakan,” katanya.

 ??  ?? SEGAK: Jamilah memeriksa kawad perbarisan pada Penutupan Kursus Asas RELA Siri 4/2017 di Kem BTN Sampadi.
SEGAK: Jamilah memeriksa kawad perbarisan pada Penutupan Kursus Asas RELA Siri 4/2017 di Kem BTN Sampadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia