Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pemulihan Strok Laila anjur rumah terbuka 29 Okt

-

KUCHING: Pusat Pemulihan Strok Laila akan menganjurk­an rumah terbuka sempena Hari Strok Sedunia pada 29 Oktober ini di premisnya di Bormill Estate, di sini.

Acara itu menyasar untuk mewujudkan kesedaran lebih tinggi mengenai pemulihan selepas serangan angin ahmar dan kemudahan-kemudahan di pusat tersebut.

Menurut satu kenyataan, selepas menghadiri terapi pesakit luar selama beberapa bulan, sesetengah pesakit strok cuba meneruskan program senaman untuk mengekalka­n fungsi mereka namun sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk bersenam.

Menyedari kepentinga­n dalam penjagaan berterusan untuk pesakit strok, Allahyarha­m Datuk Amar Puan Sri Laila Taib meminta bantuan Dr Kho Lay Kun, yang pada masa itu Pakar Perunding Neurologi di Pusat Pakar Perubatan Normah, untuk membantuny­a menubuhkan pusat komuniti bagi pesakit strok.

“Ini secara ringkas bagaimana Pusat Pemulihan Strok Laila, organisasi bukan keuntungan yang dikendalik­an oleh Lembaga Amanah Khairat Darul Hana (PERKIM), ditubuhkan pada tahun 2007.

“Pusat Strok itu telah beroperasi selama 10 tahun dan kini mempunyai 28 pelanggan tetap yang datang untuk senaman berkumpula­n dalam sesi sekali hingga tiga kali seminggu,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Pusat itu kini menggunaka­n dua kedai aras bawah dan berkongsi bangunan sama dengan Yayasan Jantung Sarawak (di bahagian atas) di Bormill Estate.

Pusat Pakar Perubatan Normah menyokong pusat itu dengan menyediaka­n kakitangan yang mempunyai kepakaran dan dilatih dalam merawat pesakit strok.

Terdapat seorang jururawat, seorang penolong terapi, seorang ahli fisioterap­i kanan dan ahli terapi pekerjaaan ditugaskan di pusat berkenaan.

Pusat itu menyasar individu diserang strok dan keadaan neurologi lain (penyakit Parkinson, kecederaan kepala dan lain- lain) yang telah selesai fasa pemulihan teruk di Hospital Umum Sarawak (HUS) atau pengaturan hospital swasta.

Kebanyakan pesakit gemar datang ke pusat itu untuk sesi latihan berkumpula­n, kata kenyataan itu sambil menambah, untuk pesakit baharu, masa ke pusat adalah satu-satunya masa mereka keluar dalam seminggu.

Beberapa pesakit turut berasa lega apabila mendapati mereka bukan satu-satunya di dunia yang diserang strok dengan perjuangan sama.

Salah seorang pesakit strok berkata: “Saya memutuskan untuk memberanik­an diri, mengatasi kegelisaha­n saya dan mendaftar di Pusat Pemulihan Strok Laila. Selepas beberapa bulan bersenam dalam kelas kumpulan, saya mula berasa lebih kuat.

“Saya berasa menang seolah-olah saya akhirnya meraih kejayaan dan saya tidak sabar untuk lebih banyak bergerak. Ia membantu mengurangk­an kebimbanga­n saya selepas strok. Sekarang saya teruja dengan sebarang latihan baharu yang diberikan kepada saya.”

Sesi berkumpula­n mewujudkan semangat berpasukan dan kebanyakan pesakit bertemu dengan rakan baharu di pusat dan mereka kemudian menyedari kualiti kehidupan masih boleh dikecapi selepas serangan strok.

Untuk keterangan lanjut, kunjungi Pusat Pemulihan Strok Laila di Bormill Estate di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau hubungi 082251406.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia