Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa galak rakyat tingkat ekonomi

-

SEMATAN: Kerajaan sentiasa memberi galakan kepada rakyat untuk meningkatk­an taraf hidup keluarga sekali gus menyumbang pembanguna­n ekonomi negeri ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan, Datuk Naroden Majais menyaranka­n perkara demikian kerana PKS merupakan penyumbang terbesar ekonomi negara.

“Menurut statistik, PKS menyumbang 36.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sementara 65 peratus kepada guna tenaga dan 18.6 peratus kepada eksport,” katanya.

Naroden menambah, melihat kepentinga­n itu, kerajaan menyasarka­n agar PKS menjelang 2020 akan menyumbang 41 peratus kepada KDNK, 65.3 peratus kepada guna tenaga dan 23 peratus kepada eksport negara.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega Tahun 2017 yang disertai seramai 100 peserta di Kem PLKN Sentosa, Sematan.

Naroden berkata, secara keseluruha­n PKS memberi sumbangan amat besar kepada negara termasuk peluang pekerjaan, menggalak aktivti pelanconga­n, pendapatan negeri dan sebagainya.

“Sebab itulah kerajaan mahu melihat pembanguna­n turut diberi penekanan terhadap belia terutama dalam bidang keusahawaa­n bagi mencapai inisiatif TN50,” katanya.

Naroden juga Menteri Muda E-Perdaganga­n menggesa semua agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk pelaksanaa­n program keusahawan­an negeri ini disaran sentiasa bekerjasam­a dalam usaha mencapai matlamat Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, TUBE yang dilaksanak­an adalah antara usaha kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut.

“Saya harap lebih ramai peserta terutama golongan belia akan menyertai program yang dilaksanak­an oleh SME Corps ini pada masa hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia