Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harap bajet negeri fokus isu PKS, perkhidmat­an awam

-

KUCHING: Rakyat berharap bajet negeri yang akan dibentang pada Dewan Undangan Negeri ( DUN) akan datang bakal memberi fokus kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta memantapka­n sistem perkhidmat­an awam.

Menurut Presiden Institut Pengurusan Sarawak ( MASA), Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, keduadua isu tersebut dibangkit orang ramai dalam majlils makan tengah hari Belanjawan Pra-Bajet Negeri yang diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) semalam.

“Kebimbanga­n disuara berkenaan bantuan bagi PKS, pada masa sama untuk menaik taraf perkhidmat­an dan kecekapan perkhidmat­an awam,” katanya ketika ditemui di forum tersebut.

Peserta juga mahu birokrasi dikurang selain pengurusan sumber manusia lebih baik.

Tambah Hamid, perkara paling penting ditekankan di dalam forum berkenaan berhubung sumber manusia berkemahir­an termasuk usaha kerajaan negeri menyediaka­n latihan mempunyai pengkhusus­an bagi sesetangah industri.

“Ini merupakan maklum balas kita dapat daripada rakyat Sarawak, sementara lain meminta fokus terhadap industri berpotensi bagi golongan muda yang berbakat,” ujarnya lagi.

Kesemua maklum balas sepanjang forum itu diadakan akan dimajukan terus kepada agensi kerajaan negeri seperti Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Borneo Datuk Peter Nansian Ngusie, Pengarah Naim Holdings Berhad Datuk Ir Abang Jemat Abang Bujang, Pengarah Urusan Ting Holdings Sdn Bhd, Datuk Alex Ting dan Profesor Bersekutu UiTM Sarawak Profesor Annie Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia