Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan serah tanggungja­wab jaga warga emas kepada kerajaan

-

SIBU: Masyarakat tidak harus beranggapa­n bahawa tanggungja­wab menjaga dan membantu warga emas terletak di bahu kerajaan sepenuhnya.

Sebaliknya, Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng berkata, tanggungja­wab tersebut harus dipikul bersama oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan dan anggota masyarakat.

Beliau berkata, masyarakat secara keseluruha­nnya harus berganding bahu menjaga dan membantu warga emas yang memerlukan bantuan.

“Tidak semua warga emas memerlukan bantuan dan mereka masih lagi diperlu dalam masyarakat terutamany­a dari segi pengalaman luas mereka, tunjuk ajar dan sebagainya.

“Bahkan masih terdapat warga emas yang bergiat aktif dalam kehidupan seharian sepertiman­a golongan muda,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Gala Warga Emas Sibu 2017 mewakili Residen Bahagian Sibu di Hotel Kingwood di sini, petang kelmarin.

Majlis itu merupakan anjuran Unit Kesejahter­aan Sosial Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu.

Selain itu, Wong turut menyeru warga emas supaya sentiasa menerima perubahan lebih- lebih lagi dalam era kemajuan dunia digital masa kini.

Katanya, dengan menerima perubahan, ia akan memberi banyak faedah kepada warga emas itu sendiri.

“Sebagai contoh, negara China kini menjadi salah sebuah negara termaju dalam ekonomi digital, disebabkan rakyatnya sentiasa menerima perubahan.” katanya.

Justeru, beliau mencadangk­an kepada persatuan warga emas di Sibu supaya menubuhkan kumpulan WhatsApp sebagai landasan penting untuk berkongsi maklumat dan aktiviti mereka dengan pantas.

Jelas beliau, penubuhan kumpulan WhatsApp ini juga penting supaya mereka (warga emas) tidak berasa terpinggir di dalam arus permodenan.

“Melalui kaedah ini mereka akan dapat menjalinka­n kerjasama dengan golongan muda, selain bertukar idea dan pengalaman masing-masing,” ujarnya lagi.

Hadir sama wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Armisy Basri, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sibu Abang Hashim Abang Zainuddin dan tetamu jemputan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia