Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung kurang senang pemilik perniagaan letak barang di kaki lima

-

SIBU: Sikap segelintir pemilik premis perniagaan di Sibu Jaya meletak barangan atau produk jualan di kawasan kali lima menimbulka­n kesulitan kepada pengunjung.

Perkara ini diluah seorang pengunjung enggan dikenali kepada Utusan Borneo semalam.

Katanya, kegiatan sebegitu telah lama berlaku tanpa ada tindakan dibuat oleh pihak berkenaan.

“Setiap kali kita melalui kawasan kaki lima itu, kita terpaksa mengelak barangan mereka dari dilanggar oleh kita.

“Kadang-kadang barangan diletak itu menghalang laluan tersebut sehingga menyukar kita melalui kawasan terbabit,” ujarnya lagi.

Beliau memberitah­u, kawasan kaki lima itu sepatutnya menjadi laluan orang ramai bukan tempat mempamerka­n produk jualan mereka.

Jelasnya, ada antara pengunjung terpaksa menggunaka­n laluan luar kawasan kaki lima jika hendak ke premis yang lain kerana tidak mahu dihalang oleh barangan yang diletakkan di kawasan kaki lima.

“Kita juga berasa bimbang sekiranya kita tidak sengaja menjatuhka­n barangan ataupun produk mereka. Kalau ini berlaku sudah tentu kita yang kena menggantik­annya akibat merosakkan barangan mereka walhal mereka meletakkan barangan di kaki lima.

“Justeru, kita berharap pihak berkenaan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada segelintir premis berkenaan,” tambahnya lagi.

Menurutnya, meletakkan barangan atau produk di kawasan kaki lima adalah satu kesalahan kerana ia memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Selain itu, kita memohon kerjasama para pemilik premis berkenaan agar lebih berhemah mempamerka­n produk jualan mereka agar tidak mengganggu laluan di kaki lima bagi memudahkan pengunjung,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia