Utusan Borneo (Sarawak)

TVET bukan pendidikan kelas kedua

Masyarakat harus ubah persepsi, kerajaan fokus pertingkat modal insan

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Masyarakat setempat khusus golongan belia harus mengubah pemikiran menganggap bahawa Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilihat sebagai sektor pendidikan kelas kedua.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBS) Haslina Abdul Hamid berkata, menyedari hakikat tersebut, kerajaan memberi penekanan khusus memperting­kat kapasiti dan keupayaan modal insan berkemahir­an tinggi menjelang 2020.

“Melalui pembanguna­n modal insan ini, dalam Rancangan Malaysia ke-11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu dijangka diwujud iaitu lebih 60 peratus daripadany­a memerlukan kelayakan berkaitan Program Pendudukan berasaskan TVET.

“Justeru, ia menunjukka­n TVET akan menjadi platform penting bagi meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir dalam mencapai hasrat negara maju pada 2020 kelak,” katanya.

Haslina berkata demikian pada Majlis Konvokesye­n Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri kali ke-10 yang berlangsun­g di Hotel Meritz di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengarah IKBN Miri Mohd Nizam Ismail serta tetamu kehormat yang lain.

Justeru, ia menunjukka­n TVET akan menjadi platform penting bagi meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir dalam mencapai hasrat negara maju pada 2020 kelak. Haslina Abdul Hamid Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS

Menurut Haslina, untuk memenuhi keperluan pihak industri, Program 20:50 iaitu sebuah program telah dirangka dengan sebanyak 50 peratus kursus kemahiran terutama bagi bidang perkhidmat­an dan ‘frontline’ di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai medium dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an.

“Memandangk­an komunikasi merupakan antara kemahiran ‘soft-skill’ menjadi tumpuan apabila melangkah di alam pekerjaan, maka penguasaan bahasa Inggeris enjadi satu elemen yang penting dalam memperkasa­kan para pelajar ILKBS,” ujarnya.

Beliau berharap, usaha sedemikian mampu menarik minat dan menggalakk­an belia melanjutka­n pelajaran dalam bidang kemahiran di ILKBS khususnya di IKBN, sekali gus memenuhi kehendak dan keperluan industri agar pihak industri menjadikan graduannya kelak sebagai pilihan utama mendapatka­n tenaga kerja berkualiti.

Selain itu katanya, beliau percaya kepesatan pembanguna­n negara dan pelaksanaa­n pelbagai program serta agenda pembanguna­n kerajaan antaranya menerusi pelaksanaa­n Program Trans- formasi Kerajaan (GTP), Program Transforma­si Ekonomi (ETP), Model Baharu Ekonomi (NEM) serta program lain yang akan mengintegr­asikan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran, perkhidmat­an, keusahawan­an serta bidang lain.

“Ini semua untuk persediaan generasi muda selepas tamat pengajian di institusi kemahiran. Justeru, rebut pelbagai peluang disedia dalam bidang kemahiran khas golongan belia,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an graduan memanfaatk­an segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi sepanjang pengajian di IKBN Miri.

Katanya, kejayaan diperolehi bukan sahaja untuk merebut peluang pekerjaan tetapi dapat dimanfaatk­an untuk kesejahter­aan masyarakat setempat.

Sementara itu, seramai 292 graduan masing-masing menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada majlis konvesyen terbabit yang turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan para graduan.

Penerima sijil melibatkan 178 orang daripada Jabatan Automotif yang merangkumi kursus Penyelengg­araan Kereta, Penyelengg­araan Jentera Berat, Penyelengg­araan Kenderaan Perdaganga­n dan Semburan Cat, 18 orang dari Jabatan Mekanikal (kursus Penyelengg­araan Industri), dan 96 orang dari Jabatan Hospitalit­i bagi kursus Penyajian dan Penyediaan Makanan.

 ??  ?? TAHNIAH: Haslina menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Graduan Terbaik, sambil disaksikan oleh Mohd Nizam (kiri) pada Majlis Konvokesye­n IKBN Miri kali ke-10 di Hotel Meritz, Miri semalam.
TAHNIAH: Haslina menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima Anugerah Graduan Terbaik, sambil disaksikan oleh Mohd Nizam (kiri) pada Majlis Konvokesye­n IKBN Miri kali ke-10 di Hotel Meritz, Miri semalam.
 ??  ?? GANGGUAN: Beginilah produk jualan yang dipamerkan oleh segelintir pemilik premis perniagaan yang mengganggu laluan kaki lima di Sibu Jaya.
GANGGUAN: Beginilah produk jualan yang dipamerkan oleh segelintir pemilik premis perniagaan yang mengganggu laluan kaki lima di Sibu Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia