Utusan Borneo (Sarawak)

PKMKN harap pembinaan benteng tanah kubur Kpg Nangka disegera

-

SIBU: Persatuan Kebajikan Melanau Kampung Nangka ( PKMKN) berharap rancangan pembinaan benteng untuk Tanah Pekuburan Melanau Kampung Nangka terletak di tepi Sungai Merah di sini dapat disegeraka­n.

Pengerusin­ya Maria Dris berkata tanah perkuburan yang dianggar berusia lebih 400 tahun itu kini berhadapan ancaman hakisan tanah.

“Akibat arus sungai, tebingan sungai ini semakin terhakis dan lama-kelamaan sungai menjadi lebih besar, sekali gus memberi ancaman kepada tanah perkuburan ini.

“Oleh itu, menyegerak­an pembinaan benteng itu sangat diperlukan pada masa ini,” katanya apabila ditemui Utusan Borneo pada Program Gotong- Royong Solidariti Bahagian Sibu, semalam.

Program gotong-royong di Tanah Perkuburan Melanau Kampung Nangka itu disertai kira-kira seramai 200 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Terdahulu dalam ucapan ringkas Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King selepas merasmikan program itu berkata, pihaknya bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan berhubung dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memohon peruntukan pembinaan benteng itu.

“Sebenarnya kita memang sudah ada perancanga­n untuk membina benteng di tepi sungai tanah perkuburan di sini. Oleh itu, kita akan cuba mempercepa­t pembinaann­ya,” kata Tiong.

Di samping itu, melihat tanah perkuburan tersebut mempunyai ciri sejarah berharga, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong itu beranggapa­n bahawa kawasan itu boleh dijadi tarikan pelanconga­n baharu di bandar Sibu.

Justeru, beliau mencadangk­an kepada PKMKN agar menyediaka­n pelan pembanguna­n dan diserah kepada MPS untuk tindakan lanjut.

Hadir sama pada program gotong- royong itu ialah Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng yang mewakili Residen Bahagian Sibu, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce, Temenggung Stanley Geramong dan Kaunselor Ibrahim Laili.

 ??  ?? SIMBOLIK: Tiong (tengah), Wong (empat kiri) dan yang lain bersama-sama melakukan simbolik pelancaran Program Gotong-Royong Solidariti Bahagian Sibu, semalam. Sementara Maria (lima kanan) melihat sama.
SIMBOLIK: Tiong (tengah), Wong (empat kiri) dan yang lain bersama-sama melakukan simbolik pelancaran Program Gotong-Royong Solidariti Bahagian Sibu, semalam. Sementara Maria (lima kanan) melihat sama.
 ??  ?? SEMAKIN TERHAKIS: Tebingan sungai dekat Tanah Perkuburan Melanau Kampung Nangka yang memerlukan pembinaan benteng dengan segera.
SEMAKIN TERHAKIS: Tebingan sungai dekat Tanah Perkuburan Melanau Kampung Nangka yang memerlukan pembinaan benteng dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia