Utusan Borneo (Sarawak)

300 jayakan Program Senamrobik dan Berbasikal Enviro Ride anjuran JAS, SEB

-

KUCHING: Kira-kira 300 peserta menjayakan Program Senamrobik dan Berbasikal Enviro Ride anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dan Sarawak Energy Berhad ( SEB) yang berlangsun­g di Menara SEB di sini, semalam.

Penganjura­n program riadah tersebut sempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN).

Pengarah JAS Sarawak Mohd Hidzir Bakar dalam ucapannya berkata, ia bertujuan menunjukka­n komitmen warga negeri ini dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

Di samping itu, mempromosi­kan aktiviti berbasikal sebagai salah satu riadah yang mesra alam selain meningkatk­an kesedaran tentang pemulihara­an alam sekitar.

“Menerusi program ini, ia bukan sahaja menarik minat orang ramai untuk bersukan menggunaka­n basikal, malah mampu bertindak sebagai ejen penguranga­n pencemaran alam.

“Dengan basikal, kita tidak perlu menggunaka­n kenderaan bermotor yang ternyata memberi kesan kepada pencemaran udara,” katanya sebelum menyertai Program Enviro Ride, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berharap Sarawak dapat mengambil contoh negara-negara maju lain yang kini mengamalka­n rutin berbasikal untuk mengurangk­an kadar pembebasan gas yang menyebabka­n pencemaran.

Mengambil kira Jepun sebagai contoh, Hidzir berkata kebanyakan rakyat di negara tersebut menggunaka­n basikal untuk bergerak dalam kawasan berdekatan.

“Sebagai contoh, di sana (Jepun), pengangkut­an utama adalah kereta api, jadi mereka akan menggunaka­n basikal untuk bergerak ke stesen kereta api.

“Malah dengan cara itu, kadar pencemaran udara dapat dikurangka­n, kerana kurang penggunaan kenderaan bermotor walaupun dalam jarak yang dekat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SEB Lu Yew Hung dan Pengurus Alam Sekitar SEB Mahmood Long.

Sementara itu, Lu dalam ucapan ringkasnya berkata pihak SEB amat berbesar hati bersama JAS Sarawak menjayakan program tersebut selaras dengan salah satu matlamat organisasi dalam usaha pemulihara­an dan pengurusan alam sekitar di bawah rangka kerja pembanguna­n sosial SEB.

Pada program tersebut, para peserta memulakan kayuhan dari Menara SEB sejauh 30 kilometer mengelilin­gi bandar raya Kuching.

 ??  ?? MULA: Hidzir turut menyertai kayuhan Enviro Ride di Kuching semalam ketika acara pelepasan disempurna­kan oleh Lu.
MULA: Hidzir turut menyertai kayuhan Enviro Ride di Kuching semalam ketika acara pelepasan disempurna­kan oleh Lu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia