Utusan Borneo (Sarawak)

Amal gaya hidup sihat cegah penyakit berbahaya

Jalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala untuk wujud masyarakat sihat dan sejahtera, kata Majang

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Masyarakat dapat mencegah penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dengan tidak melibatkan kos melalui pendekatan mempraktik cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata, antaranya dengan mengamal aktiviti fizikal sekurangku­rangnya 30 minit setiap sesi lima hari seminggu atau berjalan 10,000 langkah sehari.

Katanya, begitu juga dengan pola pemakanan sihat termasuk menghentik­an tabiat merokok atau minum minuman beralkohol.

“Orang ramai juga perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan serta berusaha mendapatka­n berat badan ideal sesuai ketinggian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Nak Sihat Peringkat Daerah Bintulu di Balai Raya BDA, Rancangan Perumahan Rakyat ( RPR) Kidurong semalam.

Majang berkata, wang dan harta yang banyak tidak akan berguna jika terpaksa bergantung dengan ubat dan rawatan sepanjang hayat.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Kese- lamatan (JKK)RPR Kidurong diadakan seawal jam 6.30 pagi hingga 1 petang membabitka­n acara senamrobik zumba, berjalan 10,000 langkah, pertanding­an mewarna bagi kanak-kanak, saringan kesihatan percuma termasuk saringan pap smear, pemeriksaa­n payudara, saringan mulut, pameran kesihatan, cabutan bertuah dan sebagainya.

Majang berkata, amalan cara hidup sihat perlu dipraktis dari usia muda dan ibu bapa hendaklah menjadi teladan kepada anak dalam mengamalka­n budaya hidup sihat.

Katanya, impak negatif pen- yakit ini ialah sistem kesihatan awam yang dibebani kos rawatan dan pemulihan tinggi bagi pesakit kronik dan sekiranya dibiarkan, jumlah penyakit ini akan bertambah berkali ganda pada masa hadapan.

“Persekitar­an yang kotor dipenuhi sampah sarap dan bekas berpotensi menakung air turut menarik perhatian lipas, lalat, tikus dan nyamuk aedes untuk membiak sekali gus membawa kepada penyakit,” katanya.

Justeru katanya, memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat di- harap membantu melindungi mereka daripada penyakit berbahaya.

Turut hadir Ketua Kaum (KK) RPR Kidurong, Ibrahim Edeni, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) RPR Kidurong Kidurong, Mokhtar Ismail dan pegawai Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kidurong.

Dalam pada itu, Pegawai Epidemiolo­gi Dr Shafizah Ahmad Shafiee mewakili pegawai kesihatan Bahagian Bintulu berkata, Kem Nak Sihat merupakan kesinambun­gan Karnival Jelajah Sihat diadakan pada tahun 2012.

Beliau berharap melalui aktiviti yang dianjurkan akan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam usaha pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

“Kami berharap akan dapat menganjurk­an lebih banyak aktiviti dengan melibatkan penduduk setempat pada tahun hadapan berbentuk memupuk kesedaran amalan hidup sihat antaranya membabitka­n pertanding­an masakan sihat,” ujarnya.

Orang ramai juga perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan serta berusaha mendapatka­n berat badan ideal sesuai ketinggian. Majang Renggi ADUN Samalaju

 ??  ?? RASMI: Majang (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian‘Kem Nak Sihat’ Peringkat Daerah Bintulu sambil disaksi Dr Shafizah (dua kiri), KK Ibrahim dan Mokhtar (kanan).
RASMI: Majang (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian‘Kem Nak Sihat’ Peringkat Daerah Bintulu sambil disaksi Dr Shafizah (dua kiri), KK Ibrahim dan Mokhtar (kanan).
 ??  ?? KENANGAN: Ahli jawatankua­sa merakam kenangan selepas mesyuarat persiapan Persidanga­n Semi Tahunan Toastmaste­rs Daerah 87.
KENANGAN: Ahli jawatankua­sa merakam kenangan selepas mesyuarat persiapan Persidanga­n Semi Tahunan Toastmaste­rs Daerah 87.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia