Utusan Borneo (Sarawak)

Asah potensi anak OKU jadi bakat besar

-

BINTULU: Potensi anak kelainan upaya (OKU) perlu dikenal pasti dan diasah supaya mampu menyerlah dalam pelbagai bidang seperti anak normal lain.

Pegawai Daerah Bintulu, Mataip Sayu berkata, anak OKU dapat menyerlah dalam bidang sukan paralimpik dan usaha itu perlu disokong supaya bakat mereka tidak dipersiaka­n.

“Tidakkah anda sebagai ibu bapa ingin melihat anak seperti ini? Bukan sahaja anda bahkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan anak OKU berjaya mengharum nama negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi Kempen Daftar dan Jejak Bakat OKU Bintulu di Times Square Megamall di sini semalam.

Turut hadir di majlis itu Pengarah Urusan Times Square Megamall, Eric Tan dan ahli panel forum program terbabit.

Katanya,kempenmend­aftar dan menjejaki bakat OKU satu langkah permulaan baik dalam menyediaka­n latihan berbanding membiarkan mereka duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

“K e r a j a a n t i d a k mengetepik­an keperluan anak OKU dan peluang diberikan kerajaan merupakan sesuatu perlu direbut oleh anak ini dalam segala aktiviti diadakan supaya minda mereka lebih terbuka,” jelasnya.

Beliau berkata, lebih 1,900 OKU didaftarka­n di Bintulu dengan tiga pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Bintulu beroperasi merangkumi PDK Bintulu, PDK Gemilang Bintulu dan PDK Sinaran Kasih Tatau merupakan pusat yang baik untuk melatih serta memulihkan anak-anak ini.

“Sekiranya ada keperluan lagi mungkin Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membuka sebuah lagi PDK di Sebauh dengan bantuan penduduk setempat di kawasan itu,” katanya sambil menambah usaha bersama penduduk membantu memajukan masa depan golongan OKU ini.

Mataip berkata, ibu bapa mempunyai anak istimewa tidak harus malu sebaliknya meskipun berbeza fizikal mereka mempunyai bakat yang boleh diasah.

“Kita berbangga dengan JKM tampil mengenal pasti bakat anak-anak OKU supaya dapat diketengah­kan di samping bekerjasam­a dengan pihak terlibat menyediaka­n pusat PDK,” katanya.

Jelasnya, melalui cara itu anak didaftar di PDK berdekatan dapat diberi bantuan sewajarnya oleh JKM menawarkan 25 kemudahan kepada anak ini dan ini merupakan usaha baik untuk menjejaki keluarga yang belum mendaftar anak istimewa masing-masing.

“Jangan kita lepaskan peluang ini sebab apa yang kerajaan buat adalah untuk membantu supaya anak-anak kita tidak ketinggala­n seperti anak-anak lain,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai JKM Bahagian Bintulu, Taddy Ajin berkata, pendaftara­n anak- anak OKU penting bagi membantu pihaknya merancang program pemulihan, latihan, pendidikan, menyediaka­n perkhidmat­an dan kemudahan yang sesuai untuk OKU.

Justeru katanya, saya menyeru semua lapisan masyarakat yang mempunyai anak-anak OKU supaya mendaftar secepat mungkin bagi membolehka­n mereka menikmati kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Syarikat korporat kini menyedari potensi dalam diri OKU dan membuka peluang pekerjaan kepada OKU. Ini satu usaha terpuji dan sewajarnya menjadi inspirasi dan pencetus semangat kepada syarikat korporat yang lain untuk mengorak langkah sama,” katanya.

Beliau berkata, OKU yang berdaftar boleh mendapat 25 kemudahan iaitu pengecuali­an bayaran dokumen perjalanan antarabang­sa, diskaun pengangkut­an awam, pengecuali­an bayaran kesihatan kerajaan, JKM dan sebagainya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Taddy (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mataip sambil disaksi Eric.
PENGHARGAA­N: Taddy (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mataip sambil disaksi Eric.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia