Utusan Borneo (Sarawak)

PERKIM bantu saudara baharu supaya tidak terkeluar landasan

-

MIRI: Ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak perlu membantu saudara baharu agar golongan itu tidak tersasar daripada landasan ajaran Islam sebenar.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Rosey Yunus berkata ahli PERKIM harus memain peranan membantu saudara baharu yang memerlukan didikan agama.

“Kita sebagai wanita harus mencontohi ketokohan Saidatina Khadijah Al Kubra dalam mendidik, membimbing dan mencorakka­n generasi Rabbani serta membantu saudara baharu se-Islam,” katanya.

Saudara baharu tambahnya memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada umat Islam supaya mereka mengetahui dan menghayati inti pati sebenar ajaran Islam selepas ‘berhijrah’.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Ketoko- han Saidatina Khadijah AlKubra di sini semalam.

Mengulas lanjut, umat Islam harus mengemblen­g kerjasama dengan pelbagai pihak ke arah melahirkan tokoh wanita Islam yang disegani masyarakat.

Rosey pada masa sama berharap agar PERKIM Sarawak menarik lebih ramai ahli-ahli generasi baharu sebagai penyambung ke arah memperkasa­kan perjuangan Islam.

Tidak seperti zaman dahulu, generasi sekarang katanya lebih antisosial dan jarang bergaul disebabkan leka dengan gajet atau permainan video.

“Mereka terlalu leka den- gan gajet hingga melenyapka­n sama sekali komunikasi dengan keluarga dan rakan, sehubungan itu kita perlu mengembali­kan hubungan kemanusiaa­n,” jelasnya.

Sementara itu, seminar anjuran Bahagian Dakwah PERKIM Sarawak itu disertai kira-kira 200 orang dari PERKIM cawangan Bintulu, Limbang, Lawas, Miri dan Bekenu.

Objektif adalah untuk mengambil iktibar peranan beliau sebagai isteri, ibu dan sahabat dalam perjuangan Rasullulla­h S.A.W untuk mengembang­kan ajaran Islam.

Pada masa sama berkongsi peribadi beliau yang memiliki peribadi terpuji yang boleh menjadi ikutan wanita sepanjang zaman.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankua­sa Dakwah PERKIM Sarawak Napisah Humni, Pengerusi PERKIM Miri Sharifah Fatimah Tuanku Fauzi, dan Penyelaras PERKIM Miri Dr Saadiah Abdul Samad.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Rosey (dua kiri) menerima cenderamat­a dari pada Napisah (kiri) selepas merasmikan Majlis Seminar Ketokohan Saidatina Khadijah Al-Kubra di Miri, semalam.
CENDERAMAT­A: Rosey (dua kiri) menerima cenderamat­a dari pada Napisah (kiri) selepas merasmikan Majlis Seminar Ketokohan Saidatina Khadijah Al-Kubra di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia