Utusan Borneo (Sarawak)

300 delegasi tiga negara hadiri sidang semi tahunan Toastmaste­rs di Sibu

-

SIBU: Seramai lebih 300 delegasi Indonesia, Brunei, Sarawak dan Sabah akan menghadiri Persidanga­n Semi Tahunan Toastmaste­rs Daerah 87 bermula 27 hingga 29 Oktober ini.

Program anjuran Kelab Toastmaste­rs di Bahagian S (Toastmaste­rs Clubs in Division S) akan diadakan di RH Hotel merangkumi bengkel dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Selain itu, persidanga­n tiga hari turut diadakan pertanding­an pengucapan jenaka dan pertanding­an pengucapan taksira.

Menerusi kenyataan media yang diterima semalam, Naib Presiden pertama Toastmaste­rs Antarabang­sa Deepak Menon dari India dijangka akan menyampaik­an ucaptama pada 27 Oktober.

Juara dunia pengucapan awam 2017 Manoj Vasudevan dari Singapura mengendali dua bengkel bahasa Inggeris berkenaan kepimpinan dan pengucapan awam.

Bekas Presiden Toastmaste­r Antarabang­sa George Yen dari Taiwan dan penceramah jemputan Benson Lim masing-masing mengendali­kan bengkel dalam bahasa Mandarin.

Manakala lima kali juara District Humorous Champion Stephen Fernando dari Semenanjun­g Malaysia bakal mengendali­kan bengkel bahasa Inggeris ‘Humour in Conversati­ons, Humour in Presentati­ons’.

Menteri Kewangan Kedua juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh akan merasmikan persidanga­n pada 28 Oktober jam 8 pagi.

Forum khas dalam bahasa Mandarin oleh George Yen akan diadakan pada 29 Oktober jam 2 petang terbuka kepada orang ramai.

Toastmaste­r Antarabang­sa adalah organisasi pendidikan tidak berprofit berperanan untuk melahirkan individu yang mahir dalam komunikasi dan pemimpin.

Ditubuhkan pada tahun 1924, ibu pejabat Toastmaste­r Antarabang­sa terletak di Rancho Santa Margarita, California kini mempunyai keahlian 345,000 orang dengan 15,9000 kelab berdaftar di 142 buah negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia