Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan dijangka umumkan perkara menarik mengenai PTPTN

Kerajaan maklum tentang harapan dan cadangan yang diajukan PTPTN

-

Kita sudah maklum soal itu dan telah bincangkan­nya… sama-sama kita nantikan nanti apakah berita baik yang boleh diberikan kepada PTPTN.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumka­n sesuatu yang menarik berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan sudah mengambil maklum tentang harapan dan cadangan yang diajukan oleh PTPTN untuk dibentangk­an dalam bajet berkenaan.

“Kita sudah maklum soal itu dan telah bincangkan­nya… sama-sama kita nantikan nanti apakah berita baik yang boleh diberikan kepada PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada 480 murid tahun satu pada Mini Karnival PTPTN bersama masyarakat Parlimen Titiwangsa di sini, semalam.

Setiap murid daripada golongan isi rumah berpendapa­tan rendah kumpulan B40 menerima sumbangan RM50 dan RM50 tambahan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan Kedua

akan diberikan oleh kerajaan melalui PTPTN sebagai insentif khas Geran Sepadan yang telah diumumkan dalam Bajet 2017.

Johari berkata kerajaan juga akan memastikan pelepasan taksiran cukai diteruskan bagi ibu bapa yang membuat penabungan pen- didikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional iaitu SSPN-i atau SSPN-i Plus.

Katanya setakat ini, ibu bapa yang membuat penabungan SSPN akan diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun.

Menurut Johari sehingga kini, kadar dividen yang diberikan pernah mencecah 4.25 peratus iaitu lebih tinggi daripada yang ditawarkan bank komersial.

Sehingga 30 Sept lepas, kira-kira 3.1 juta akaun dibuka di bawah SSPN dengan jumlah deposit RM2.94 bilion, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA SUMBANGAN: Johari (tengah) bersama (dari kiri) Mariany, Shamsul, Mastura dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Perkasa bergambar bersama penerima sumbangan pembukaan tabung pendidikan bagi murid tahun 1 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa,...
— Gambar Bernama PENERIMA SUMBANGAN: Johari (tengah) bersama (dari kiri) Mariany, Shamsul, Mastura dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Perkasa bergambar bersama penerima sumbangan pembukaan tabung pendidikan bagi murid tahun 1 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa,...
 ??  ?? PEMBERSIHA­N: Anggota APM memotong dahan pokok yang tumbang.
PEMBERSIHA­N: Anggota APM memotong dahan pokok yang tumbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia