Utusan Borneo (Sarawak)

Integriti graduan teras reputasi universiti: Sultan Nazrin Shah

-

KUALA LUMPUR: Reputasi universiti akan berada di tahap tinggi jika berjaya mendidik, mengasuh, membimbing dan menghasilk­an graduan yang berintegri­ti.

Canselor Universiti Malaya (UM) Sultan Nazrin Shah bertitah integriti dan kepimpinan berintegri­ti amat penting dalam sesebuah organisasi dan negara kerana memiliki integriti yang tinggi adalah sebahagian daripada sifat ilmuwan.

“Insan berpelajar­an mungkin menguasai pelbagai pengetahua­n tetapi tidak merasa bersalah memanipula­sikan pengetahua­n untuk kepentinga­n diri, meski mengakibat­kan kesengsara­an kepada insan lain dan kehidupan alam.

“Sementara insan berpendidi­kan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati,” titah baginda pada Istiadat Konvokesye­n UM ke-57 di Dewan Tunku Canselor, di sini.

Sultan Nazrin bertitah, pencapaian kepada Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlan­gan pengajian tinggi menjelang 2020 juga amat bergantung pada tahap nilai integriti yang dimiliki warga universiti dalam melaksanak­an tanggungja­wab dia- manahkan.

Titah baginda, sebagai pusat perkembang­an ilmu dan tamadun yang bertanggun­gjawab melahirkan cerdik pandai, UM mempunyai tanggungja­wab besar untuk menyemai nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan terbaik.

“Alhamdulil­lah Universiti Malaya telah memasukkan di dalam kurikulum, elemen-elemen untuk membentuk graduan yang memiliki daya kepimpinan berwibawa, graduan yang mempraktik­kan budaya kerja cemerlang, graduan yang mempunyai jati diri tinggi serta graduan yang menghayati agama secara mendalam,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut menzahirka­n ucapan tahniah dan penghargaa­n kepada seluruh warga UM apabila berjaya melonjakka­n ranking universiti itu daripada tangga 133 pada 2016 ke tangga 114 menerusi QS World University Rankings 2017.

Titah baginda, UM juga tersenarai dalam kelompok 50 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings by Subject 2017 dalam lima subjek iaitu Kejurutera­an Elektrik (ranking ke-23); Pengajian Pembanguna­n (26); Kejurutera­an Mekanikal (33); Kejurutera­an Kimia (38) dan Pendidikan (41).

Sultan Nazrin turut bertitah mengingatk­an para graduan supaya bersedia menghadapi realiti dunia yang kian mencabar bukan sahaja dari segi ilmu pengetahua­n, kemahiran dan kesediaan fizikal untuk memenuhi pasaran kerja tetapi juga melengkapk­an diri dengan akhlak dan budi yang menjadi teras pembinaan roh.

Baginda kemudianny­a turut berkenan melancarka­n Kompilasi Titah Istiadat Konvokesye­n Canselor Ketiga Universiti Malaya selepas istiadat konvokesye­n itu ditangguhk­an.

Istiadat bahagian pertama itu turut menyaksika­n Tan Sri Siti Norma Yaakob sekali lagi dimasyhurk­an sebagai Pro Canselor UM untuk tempoh lima tahun.

Seramai 4,867 graduan menerima ijazah pada istiadat konvokesye­n itu yang terdiri daripada 645 penerima Ijazah Kedoktoran; Ijazah Sarjana (1,795) dan Ijazah Sarjana Muda (2,427).

Konvokesye­n ke-57 mengurniak­an Ijazah Kehormat kepada pakar sejarah, Profesor Anthony Crothers Milner dan Pengerusi Eksekutif IOI Corporatio­n Berhad Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, serta gelaran Profesor Emeritus kepada Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobuday­a Majlis Profesor Malaysia Prof Datuk Dr Zainal Kling dan pakar paediatrik, Dr Lin Hai Peng. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA ANUGERAH: Sultan Nazrin menyampaik­an Anugerah Doktor Falsafah Pendidikan kepada Ahmad Shamsuri (kanan) pada Istiadat Konvokesye­n ke-57 2017 di Dewan Tunku Canselor UM, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERIMA ANUGERAH: Sultan Nazrin menyampaik­an Anugerah Doktor Falsafah Pendidikan kepada Ahmad Shamsuri (kanan) pada Istiadat Konvokesye­n ke-57 2017 di Dewan Tunku Canselor UM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia