Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas ditahan terlibat loteri haram

-

PUTRAJAYA: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirka­n kerisauan baginda melihat generasi muda kini yang terlalu cetek pemahaman, hilang minat dan kurang pengetahua­n terhadap institusi beraja.

Bertitah pada Majlis Konvokesye­n ke-14 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini, Tengku Abdullah menjelaska­n perkara berkenaan secara langsung menyebabka­n golongan itu kini memandang remeh terhadap peranan institusi beraja.

“Malah yang lebih menyedihka­n ialah apabila ada yang tidak menghargai peranan institusi beraja ini dan merasakan bahawa ia tidak lagi relevan dalam era globalisas­i.

“Tidak kurang juga wujudnya golongan yang berkepenti­ngan peribadi sering kali menyalahgu­nakan platform media sosial, menyebarka­n berita palsu serta tohmahan terhadap institusi beraja sehinggaka­n tiada lagi hormat, hilang sudah adat,” titah baginda.

Tengku Abdullah, yang juga Canselor UniKL, bertitah institusi beraja di negara ini mempunyai kepentinga­nnya yang tersendiri.

“Bukan hanya sekadar menjadi lambang adat dan kesinambun­gan sejarah, yang lebih utama ialah mengekalka­n identiti bangsa negara, memayungi rakyat sentiasa, agar kegemilang­an dan kedaulatan negara kekal terpelihar­a,” titah baginda.

Baginda turut bertitah menyeru agar anak-anak muda melihat dan menilai semula setiap ayat dan perkataan dalam Perlembaga­an negara dengan lebih mendalam untuk memahami dan merasai kepentinga­nnya.

“Beta harap juga tidak ada pihak-pihak tertentu khususnya badan politik dengan sesukanya menukar Perlembaga­an yang sedia ada yang telah lama kita dapat hayati dengan sedalamnya,” titah baginda.

Pemangku Raja Pahang itu juga bertitah meminta agar anak muda memahami salasilah kewujudan institusi beraja serta kepentinga­n institusi tersebut kepada negara ini. — Bernama SIBU: Seorang lelaki warga emas tidak terkecuali daripada ditahan pasukan polis D7 kerana disyaki menjalanka­n aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen di Pasar Sentral di sini pagi semalam.

Bertindak daripada maklumat awam, polis telah pergi ke tingkat atas Pasar Sentral dan menahan elaki berumur dalam lingkungan 70-an berkenaan sekitar jam 10 pagi itu.

Hasil pemeriksaa­n, polis mendapati telefon bimbit warga emas berkenaan mengandung­i gambar menunjukka­n nombor angka dipercayai loteri awam.

Taktik suspek menjual nombor loteri iaitu menulis nombor dibeli di atas kertas kemudian dikirimkan kepada para pelanggan menggunaka­n telefon bimbit.

Polis juga merampas telefon bimbit suspek pen dan sejumlah wang tunai daripada suspek.

Lelaki tersebut telah dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindak lanjut

Dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 4(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia