Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah sukacita penubuhan KUIN sebagai IPTS terlaksana

-

KUALA KETIL: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah melahirkan rasa sukacita melihat penubuhan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN) sebagai institut pengajian tinggi swasta ( IPTS) di bawah kerajaan negeri terlaksana.

Baginda bertitah lebih manis apabila nama Almarhum kekanda baginda Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diabadikan pada institut berkenaan yang kelak akan dikenali sebagai Universiti Islam Antarabang­sa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ( UniSHAMS).

“Beta bersyukur hasrat Almarhum Sultan Kedah ingin melihat penubuhan KUIN sebagai IPTS di bawah kerajaan Kedah telah dimakbulka­n Allah SWT dengan diabadikan nama UniSHAMS,” titah baginda pada Istiadat Pemasyhura­n Canselor dan Konvokesye­n ke- 19 KUIN di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah di sini semalam.

KUIN secara rasmi menerima kelulusan penubuhan universiti penuh daripada Kementeria­n Pengajian Tinggi dengan nama UniSHAMS pada 11 Ogos lalu.

Pendaftara­n KUIN se- bagai universiti penuh dijangka dapat direalisas­ikan selewat- lewatnya hujung tahun ini apabila beberapa syarat yang telah ditetapkan dapat dipenuhi.

Sehubungan itu Sultan Sallehuddi­n berharap agar KUIN dapat meningkatk­an keunikan program yang ditawarkan melalui gabungan ilmu duniawi dan ukhrawi seperti Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Multimedia serta Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pelanconga­n.

“Beta menyeru kepada semua warga KUIN untuk bersama melaksana segala perancanga­n yang telah dirancang agar kampus Kuala Ketil dapat nafas baharu kepada penerokaan ilmu duniawi dan ukhrawi serta seterusnya menjadi universiti yang menyumbang kepada agama, bang- sa, dan negara.

Pada istiadat tersebut, baginda dimahsyurk­an sebagai Canselor KUIN menggantik­an Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Pengisytih­aran pemasyhura­n dibacakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Berangkat sama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia