Utusan Borneo (Sarawak)

HDC dalam proses selesai isu surat hak milik rumah pangsa

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) kini pada peringkat kelima daripada tujuh peringkat proses mengeluark­an surat hak milik strata kepada penghuni rumah pangsa HDC.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, ia adalah hasil perbincang­an pihak HDC dengan penghuni rumah pangsa Taman Flora Indah yang diharap selesai menjelang suku keempat tahun 2018.

“Menerusi kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HDC, Mohd Asman Ahmad, HDC berusaha menyelesai­kan isu strata ini secara berperingk­at-peringkat secara konsisten dan cepat.

“Jika kita tidak mengambil bahagian dalam dialog HDC, kita tidak tahu mengenai usaha berterusan mereka untuk mendapatka­n surat hak milik strata bagi semua penghuni.

“Bagi dialog di Taman Flora Indah, masalah umum adalah surat hak milik strata dan satu lagi masalah utama, kekurangan tempat parkir kereta turut menjadi topik perbincang­an,” katanya.

HDC jelas Lo akan membuat rancangan memperuntu­kkan satu unit tempat parkir supaya berlaku adil kepada penghuni selain tanda nombor unit pada tapak parkir ,” ka- tanya selepas tamat sesi dialog di sini kelmarin.

Sesi dialog turut dihadiri ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Flora Indah selain CEO HDC yang kerap turun padang meninjau kawasan.

Selain itu HDC juga pada 1 Oktober, telah mengadakan sesi dialog juga dengan penduduk Taman Sri Muhibbah RPR Batu 13.

Lo juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP)) percaya dialog lebih menyelami isu dan masalah penghuni sedia ada.

Pada masa yang sama, Asman turut berkongsi mengenai isu utama kegagalan membayar yuran penyelengg­araan HDC sebanyak RM30 sebulan.

“Setakat ini, terdapat yuran penyelengg­araan tidak dibayar sebanyak RM1.6 juta bagi HDC Taman Flora Indah.

“Semua kita tahu, hanya pembanguna­n perumahan diselengga­ra dan diurus dengan baik dapat meningkat kualiti hidup dan kesejahter­aan, menggalakk­an sifat ramahtamah jiran dan mengukuh hubungan masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau menggesa agar penduduk membayar bayaran penyelengg­araan tepat pada waktu dan bagi mereka yang mempunyai tunggakan besar, mereka perlu membuat perancanga­n membayar tunggakan itu kepada HDC.

Secara idealnya beliau berpendapa­t bahawa terdapat keperluan memperbaik­i kutipan itu sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus dalam suku terakhir tahun ini.

“HDC mempunyai cara baharu untuk mengutip yuran penyelengg­araan. Sekarang ia akan dikutip tiga kali sebulan dan bukan sekali sebulan seperti dahulu di Taman Flora Indah.

“Penduduk perlu bertanggun­gjawab dan membayar sebarang tunggakan supaya mereka tidak perlu membayar denda tinggi pada akhirnya,” katanya.

Jelasnya, HDC tidak dapat memberi khidmat penyelengg­araan sepenuhnya jika kekurangan dana kerana mereka mempunyai liabiliti amat tinggi dalam kutipan yuran.

“Kita mesti mengambil tindakan lebih tegas ke atas penghuni enggan membayar untuk menikmati manfaat penambahba­ikan kemudahan, lampu lebih banyak, penyelengg­araan lebih baik dan kawasan perumahan lebih terurus,” tambahnya lagi.

Pihaknya turut berharap untuk mengadakan lebih banyak dialog awam dengan penduduk pangsapuri selepas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia