Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan belanja jutaan ringgit padam kebakaran tanah gambut di Kuala Baram

-

MIRI: Kerajaan membelanja­kan jutaan ringgit untuk memadam kebakaran tanah gambut yang berleluasa di Kuala Baram.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Alam Sekitar Horatio Nyambung berkata, kebanyakan kebakaran tersebut berpunca daripada pembakaran terbuka untuk tujuan pertanian, selain api memasak yang ditinggalk­an oleh pemburu.

“Lazimnya, mereka tidak sedar bahawa memadamkan api di permukaan tanah tidak memadai kerana kebakaran menular ke bawah tanah,” katanya semasa menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Pen- guatkuasaa­n Undang-undang dan Fasiliti di Kawasan Tanah Gambut Miri’ sempena Program Langkah Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut di Pustaka Miri, kelmarin.

Horatio menambah, denda RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua ke atas individu yang didapati bersalah.

“Tindakan memadamkan kebakaran di kawasan tanah gambut selalunya mengambil masa yang lama terutama jika ia sudah merebak ke dalam tanah.”

“Selain itu, asap dan debu yang berpunca daripada kebakaran itu boleh menyebab- kan masalah jerebu yang bukan hanya menjejaska­n kesihatan, malah mendatangk­an impak buruk terhadap ekonomi tempatan,” jelasnya..

Katanya, asap pembakaran itu amat berbahaya kepada orang ramai yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan masalah jantung.

Selain itu, masalah jerebu juga menyebabka­n pelancong dan pelabur keberatan datang ke Miri atau membatalka­n lawatan sekiranya masalah jerebu berlaku.

“Ini secara tidak langsung menjejaska­n industri pelanconga­n di sini. Selain itu, perkhidmat­an pengangkut­an seperti penerbanga­n terpaksa ditunda atau dibatal dan ini sudah pasti menyukarka­n orang awam,” katanya.

Horatio menambah, kerajaan turut membelanja­kan jutaan ringgit untuk menyediaka­n fasiliti seperti parit, menara tinjau, empangan kecil dan penghadang api.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya kerjasama orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut khususnya semasa musim kemarau dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia